CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6966|Reply: 0

[Kedah] Isu nikah, kerajaan perkukuh kerjasama dengan agensi agama selatan Thailand

[Copy link]
Post time 28-6-2024 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Isu nikah, kerajaan perkukuh kerjasama dengan agensi agama selatan Thailand


Noorazura Abdul Rahman[email protected]




ZULKIFLI Hasan beramah mesra dengan pelajar yang menyertai Projek Tuisyen Rakyat Anak Kedah (PINTAR) di sini, hari ini. FOTO Noorazura Abdul Rahman





Alor Setar: Kerajaan akan memperkukuhkan kerjasama dengan pejabat agama Islam di wilayah selatan Thailand bagi memastikan proses pernikahan rakyat negara ini di sana dilakukan mengikut lunas undang-undang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata setakat ini pihaknya sudah berbincang dengan pejabat agama di lima wilayah selatan Thailand dan perbincangan mengenainya akan dilakukan secara berterusan.

"Di peringkat kementerian hal ehwal agama kita ada perbincangan dengan Majlis agama Islam di lima wilayah selatan Thailand dan kita ingin memastikan bahawa proses (perkahwinan) dan juga segala apa yang dilaksanakan itu mengikut undang-undang supaya kelak tidak ada permasalahan di masa depan.

"Kita akan teruskan juga perbincangan seterusnya dengan pihak-pihak yang berkaitan," katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Fasa 2 Projek Tuisyen Rakyat Anak Kedah (PINTAR) Koperasi Anak Kedah Berhad, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata pihaknya sentiasa peka dengan isu semasa membabitkan perkahwinan rakyat ini di negara jiran.

"Kita melihat bahawa yang lebih penting adalah bagaimana untuk memastikan perkahwinan yang sah itu dapat membina syurga, membina kebahagiaan keluarga.

"Di peringkat kementerian, kita juga memberikan kesedaran dan kefahaman dengan memperkukuhkan kursus kahwin," katanya.

Ketika ditanya adakah terdapat usaha kementerian untuk mempermudahkan proses perkahwinan di negara ini bagi mengurangkan kes perkahwinan di negara jiran, katanya perkara itu bergantung kepada pejabat agama dan enakmen negeri masing-masing.

Sebelum ini Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.



Disiarkan pada: Jun 28, 2024 @ 2:36pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.559892 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list