CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7765|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Pulau Pinang maju tapi Sungai Bakap tiada air' - Azmin Ali

[Copy link]
Post time 1-7-2024 04:26 PM | Show all posts |Read mode
'Pulau Pinang maju tapi Sungai Bakap tiada air' - Azmin Ali

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

01 Julai 2024 03:11pm




Azmin (kiri) turun membantu kempen calon PN dengan menyantuni masyarakat India di Ladang Sungai Kechil, Sungai Bakap.




SUNGAI BAKAP - Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan masalah air di Sungai Bakap seharusnya tidak berlaku kerana berada di dalam sebuah negeri maju selain merupakan tempat kelahiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, apa yang berlaku di kawasan berkenaan disifatkan sebagai menyedihkan kerana penduduk masih lagi berdepan dengan masalah tersebut.



Menurutnya, sebagai sebuah negeri maju dan menerima pelaburan yang tinggi setiap tahun, seharusnya hasil yang dikutip dan diperoleh oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang digunakan untuk mengatasi masalah kemudahan asas di seluruh negeri ini termasuk kawasan Sungai Bakap.

“Saya dengar Pulau Pinang hebat, negeri maju saya pun segan nak datang ke Sungai Bakap, datang-datang air pun tidak ada. Ini negeri apa, sebuah negeri maju.

“Rafizi (Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli) datang nak salahkan kita, buat apa, kata kepada Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden Pas). Ini masalah negeri.
“Tengok-tengok Ketua Menteri (Chow Kon Yeow) minta maaf, mereka ini tidak ada ‘WhatsApp Group’ ke apa? Bincanglah dulu nak cakap apa,” katanya semasa berucap pada Sungai Kechil, dekat sini sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada malam Ahad.
Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan masalah air yang menjadi isu kempen di PRK Sungai Bakap terus hangat apabila Rafizi mempersoalkan apa yang dilakukan PN semasa mentadbir negara selama 33 bulan.

Rafizi berkata, Tuan Ibrahim ketika itu menjawat tugas Menteri Air dan Alam Sekitar seharusnya lebih tahu dan tidak mengabaikan masalah berkenaan di Sungai Bakap.




Mengulas lanjut, Azmin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang juga secara sinis berkata, banyak projek pembangunan diumumkan di Sungai Bakap seperti projek tebatan banjir yang dilihat menguntungkan rakyat pada musim pilihan raya.

Menurutnya, PRK dilihat menjadi jalan pintas bagi mendapatkan peruntukan segera bagi kawasan yang terlibat.

"Kadang-kadang saya fikir, kalau rakyat nak dapat peruntukan apa patut kita buat? Banyakkan PRK. Sebab kalau itulah cara rakyat dapat pembangunan, banyakkan PRK.

"(PRK) Nenggiri nanti tengoklah kalau boleh ada (projek) lebuh raya. Mintalah apa pun dapat," ujarnya.

Tambahnya, penduduk Sungai Bakap perlu keluar mengundi pada Sabtu ini untuk menunjukkan pendirian masing-masing melalui pemilihan calon yang tepat dan mampu memperjuangkan permasalahan rakyat.

“Saya mahu 100 peratus penduduk Sungai Bakap keluar mengundi pada 6 Julai ini dan 85 peratus akan pilih (calon) Perikatan Nasional (PN),” katanya lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.426095 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list