KLAWANG: Seramai 36 pelajar sekolah dari DUN Klawang menerima Bantuan Anak Sekolah (BAS) daripada ADUN Klawang, Dato’ Ir.Bakri Sawir.
Bakri berkata, bantuan ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu pelajar dari keluarga kurang kemampuan.
“Para pelajar akan menerima bantuan RM50 sebulan selama 11 bulan dan dibayar sekaligus berjumlah RM550.
“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tanggungan ibu bapa penerima dalam tanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak,’ kata Bakri. sumber
|