CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10757|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi

[Copy link]
Post time 6-7-2024 08:58 AM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi

06 Julai 2024 08:12am








Hashimah (kanan) bersama pengundi lain antara yang sampai awal di Pusat Pengundian SK Sungai Duri.




SUNGAI BAKAP - Seorang pengundi warga emas bersemangat bangun tidur pada jam 4.30 pagi semata-mata mahu menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Hashimah Ahmad, 74, antara orang pertama sampai di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Duri kira-kira jam 7.30 pagi Sabtu.



Menurutnya, walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia yang hadir bersama anak, keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.

"Mai awal sebab nak undi awal, kalau mai lambat 'parking' takdak, semangat tak mau lepas peluang undi... saya bangun awal 4.30 pagi ini selesai cuci kain, dah siap sidai dah.

"Kena mai awal takut kalau hujan tergendala pula," katanya.

Hashimah turut mengambil peluang menasihati golongan muda yang layak mengundi agar tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab tersebut sebagai penduduk di Sungai Bakap.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff yang meninggal dunia pada 24 Mei lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai sebagai tarikh pengundian PRK Sungai Bakap.




Dua calon bertanding dalam PRK Sungai Bakap iaitu wakil Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin dan Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.247864 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list