CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11957|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK SUNGAI BAKAP: Cuaca pagi baik, pengundi hadir awal ke pusat mengundi

[Copy link]
Post time 6-7-2024 10:40 AM | Show all posts |Read mode
PRK SUNGAI BAKAP: Cuaca pagi baik, pengundi hadir awal ke pusat mengundi


Julai 6, 2024 @ 10:24am




Orang ramai beratur untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRK DUN Sungai Bakap, hari ini. - FOTO BERNAMA




NIBONG TEBAL: Cuaca yang baik pada sebelah pagi membolehkan pengundi keluar seawal mungkin bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, di sini, hari ini.

Seawal jam 7 pagi tadi, pengundi dilihat sudah mula beratur di pekarangan pusat pengundian walaupun ia hanya dibuka mulai jam 8 pagi.

Ramai dilihat mengambil peluang mengundi pada pagi ini, antara lain disebabkan risiko keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, termasuk hujan pada sebelah petang.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sebuah daripada sembilan pusat mengundi PRK kali ini, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasek Mutiara di Simpang Ampat, mendapati beberapa anggota polis turut ditugaskan di pintu masuk sekolah berkenaan untuk menjaga keselamatan dan mengawal lalu lintas.

Bagi memudahkan urusan orang ramai menyemak saluran mengundi masing-masing, enam petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditempatkan di kaunter semak daftar pemilih, selain beberapa kerusi roda dilihat disediakan untuk kegunaan pengundi warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Pemilih berdaftar, Mohd Faizul Arifin, 47, yang juga pengundi terawal tiba di pusat itu berkata beliau tinggal di Taman Bandar Tasek Mutiara yang jaraknya hanya kurang satu kilometer dari sekolah berkenaan, namun memilih datang awal bagi mengelak beratur panjang.

"Mengikut rancangan selepas mengundi, saya mahu balik ke kampung di Selama, Perak, atas urusan keluarga.

"Oleh itu kalau dapat mengundi awal, lagi cepat saya boleh bergerak ke sana," katanya yang pernah mengundi di DUN Seri Delima dalam kawasan Parlimen Bukit Gelugor sebelum berpindah ke kawasan DUN Sungai Bakap sejak 10 tahun lalu.

Menurut maklumat dalam laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), hari ini, cuaca diramalkan hujan di beberapa kawasan di daerah Seberang Perai Selatan pada sebelah pagi, manakala cuaca dijangka baik serta tiada hujan pada tengah hari dan malam, dengan suhu antara 27 hingga 33 darjah Celsius.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin, dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail, yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang, Ogos tahun lalu, kerusi itu dimenangi Allahyarham Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal dengan majoriti 1,563 undi. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.046545 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list