CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11750|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: Peratusan mengundi 16.74 peratus peratus setakat jam 10 pagi

[Copy link]
Post time 6-7-2024 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 6-7-2024 11:03 AM

PRK Sungai Bakap: Peratusan mengundi 16.74 peratus peratus setakat jam 10 pagi


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Julai 6, 2024 @ 10:48am [email protected]






Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin menyantuni pengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Duri. - BERNAMA





NIBONG TEBAL: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap mencatatkan 16.74 peratus setakat jam 10 pagi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses mengundi di sembilan pusat pengundian berjalan lancar dalam suasana cuaca redup dan berangin di kebanyakan kawasan Sungai Bakap sepanjang pagi ini.

Pusat pengundian tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng, SMK Bandar Tasek Mutiara, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, SK Sungai Duri, SMK Tun Syed Sheh Barakbah, SK Sungai Bakap, SK Jawi dan SK Sungai Kechil.

Semua pusat mengundi berkenaan akan ditutup pada jam 6 petang ini, sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi, di sini.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.107836 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list