CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12690|Reply: 6

[Kedah] Keropok beracun: Lelaki dipercayai pemilik kebun direman enam hari

[Copy link]
Post time 11-7-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Keropok beracun: Lelaki dipercayai pemilik kebun direman enam hari

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

11 Julai 2024 10:04am








Seorang lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan membabitkan kematian seorang kanak-kanak selepas disyaki makan keropok beracun di Kulim, Kedah.




KULIM - Seorang lelaki direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak yang disyaki makan keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di sini pada Khamis.

Permohonan reman ke atas lelaki berusia 33 tahun dipercayai pemilik kebun dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Mirza Mohamad bermula 11 hingga 17 Julai depan.



Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang daripada dua beradik yang termakan keropok disyaki bercampur racun meninggal dunia pada pagi Rabu.

Jenazah Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling pada jam 9.45 malam hari yang sama.

Manakala adiknya, Muhammad Luth, 2, dilaporkan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Terdahulu, media melaporkan, dua kanak-kanak itu kritikal selepas termakan keropok disyaki bercampur racun yang digantung di pagar dawai besi dekat kebun tidak jauh dari rumah mereka.

Perbuatan itu dilakukan pemilik kebun dipercayai bagi tujuan menghalau haiwan liar yang berkeliaran dan mengganggu tanaman yang diusahakan mereka.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2024 10:37 AM | Show all posts
Pekebun serah diri kepada polis, dakwa keropok digaul racun tikus diikat tinggi


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Julai 11, 2024 @ 9:52am [email protected]





Pekebun dikenali sebagai Am, 35, mendakwa keropok yang digaul racun tikus diikat adiknya yang juga pekebun pada ketinggian 1.2 meter dan mustahil mampu dicapai budak kecil. Adiknya sudah menyerah diri kepada polis untuk membantu siasatan. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli





BALING: "Agak mustahil keropok yang dicampur racun itu dan digantung pada ketinggian lebih 1.2 meter dan diikat dengan ketat menggunakan tali tangsi itu mampu dicapai kanak-kanak kecil.

"Bagi saya, sama ada ia diambil orang yang lebih besar atau dijatuhkan oleh kera liar sebelum diambil dua kanak-kanak itu dan makan," kata seorang pekebun yang dikenali sebagai Am, 35.

Pekebun itu mendakwa, dia dimaklumkan adik lelakinya yang berusia 34 tahun itu bahawa keropok yang bercampur racun itu juga tidak digantung pada pagar berdekatan jalan, sebaliknya diletakkan di kawasan laluan kera berdekatan hutan.

Dakwanya, tidak mungkin dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun itu dapat mengambil makanan ringan itu dengan mudah walaupun diikat pada pagar kebun.

"Hanya terdapat dua kemungkinan iaitu sama ada orang dewasa mengambilnya atau kera ambil dan terjatuh di mana-mana.

"Adik juga beritahu dia meletakkan kira-kira lima bungkusan makanan ringan dicampur racun tikus pada pagar kebun dan tiga bungkusan dipercayai sudah diambil kera manakala satu hilang dan satu lagi masih berada di situ," katanya ditemui di Kampung Banggol Berangan, di sini malam tadi.

Dia yang juga ahli keluarga kepada dua kanak-kanak itu hadir pada majlis pengebumian kanak-kanak, Muhammad Akil Syauqi, 3, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, malam tadi.

Racun tikus dari China tidak berdaftar

Dakwanya lagi, racun tikus dari China dan tidak berdaftar itu turut digunakan beberapa pekebun lain di kawasan itu.

Sudah menjadi amalan biasa yang mana racun tidak berdaftar ini ada dijual di kedai-kedai di sekitar Kulim malah turut dijual secara dalam talian.

"Racun ini murah yang mana ia dijual pada harga RM3 sepaket.

"Memang biasanya guna makanan ringan jenis itu kerana warna bungkusan yang menarik selain warna keropok yang terang dan monyet akan menjilatnya apabila terkena pada bahagian jari.

"Kami tak guna buah sebab bimbang lembu yang kami ternak menjilat atau makan buah itu," dakwanya.

Mengikut portal Jabatan Pertanian, racun berdaftar adalah yang diluluskan untuk diimport, dikilang, dijual dan digunakan dalam negara ini yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian di bawah arahan Lembaga Racun Makhluk Perosak.

Racun makhluk perosak yang berdaftar mempunyai label yang membawa satu nombor pendaftaran (No. Pendaftaran LRMP.R1/...) dan kenyataan lain seperti nama racun, kepekatan perawis aktif, kenyataan amaran dan aturan menggunakannya.

Sementara itu mengulas lanjut, Am mendakwa, berdasarkan pengetahuannya, kera liar yang mengambil jajan itu pasti akan memakan makanan itu.

Pekebun serah diri kepada polis

Sementara itu, katanya, adik lelakinya yang juga seorang pekebun dan membela lembu itu ditahan ketika menyerah diri di Balai Polis Kulim, semalam untuk siasatan lanjut.



Nurain Hasnorizal, 25, menunjukkan gambar dua anaknya, Muhammad Luth Syauqi Abdul Rahman dan Muhammad Akil Syauqi masing-masing berusia dua dan tiga tahun selepas termakan makanan ringan yang digaul racun tikus. - Foto fail NSTP/Zuhainy Zulkiffli

Am mendakwa, dia juga adalah individu yang membawa arwah Muhammad Akil Syauqi dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, ke Klinik Kesihatan Malau untuk mendapatkan bantuan rawatan segera pada hari kejadian.

"Ibu arwah yang berlari meminta tolong dan saya bersama ibu turut membantu sedaya upaya kami. Kami mendoakan yang terbaik buat ibu arwah," katanya.







Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 11:46 AM | Show all posts
kesiannya.. patut tokwan pun kena jugak skli sbb cuai... dua2 pihak salah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2024 12:26 PM | Show all posts

Pekebun yang dikenali sebagai Am








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2024 12:27 PM | Show all posts
tinggi juga tu gantung keropok.
x kan budak kecil boleh capai.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 01:39 PM | Show all posts
Tak provoke orang, buat hal sendiri jaga kebun, tak cari gaduh, last-last kena pakai baju ungu pulak. Kesian juga.....
Kadang-kadang hidup ini pelik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2024 05:32 PM | Show all posts
manehnya replied at 11-7-2024 11:46 AM
kesiannya.. patut tokwan pun kena jugak skli sbb cuai... dua2 pihak salah

Kenapa dua2 pihak salah? Tu dalam kawasan kebun dia, dah ikat tinggi2 pun plastik keropok tu, dia nak racun monyet bukan racun budak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.058180 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list