CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19050|Reply: 0

[Perlis] Desas desus perubahan MB Perlis spekulasi semata-mata - Muhyiddin

[Copy link]
Post time 12-7-2024 01:26 AM | Show all posts |Read mode
Desas desus perubahan MB Perlis spekulasi semata-mata - Muhyiddin


Oleh Aizat Sharif - Julai 11, 2024 @ 10:54pm [email protected]





Muhyiddin (kanan) bersama ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah (tengah) menyampaikan bantuan asnaf kepada penduduk di sekitar Kampung Warna Warni, Seberang Ramai, Kuala Perlis pada Program Semarak Kasih Bersama Masyarakat di kampung itu petang tadi.





KANGAR: Desas desus berhubung perubahan kepimpinan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam masa terdekat adalah bersifat spekulasi semata-mata.

Malah, khabar angin itu juga tiada kaitannya dengan lawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, ke negeri itu pada hari ini.

Muhyiddin berkata, kehadirannya ke Perlis adalah untuk menziarahi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, yang sebelum ini menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

"Kedatangan saya ke Perlis bukan bertujuan hendak 'endorse' (menyokong) sesiapa atau apa pun dan tidak ada kaitannya kedatangan saya pada hari ini dengan soal kepimpinan negeri yang sedia ada.

"Biasalah, segala desas desus itu hanyalah spekulasi semata-mata kerana yang pertamanya saya datang kerana hendak menziarah Tuanku Raja Perlis jadi sudah kebetulan berada di sini (Perlis), maka saya pun berjumpa Menteri Besar, pimpinan BERSATU, pimpinan PN serta menghadiri program pada petang ini juga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Semarak Kasih Bersama Masyarakat di Kampung Warna Warni, Seberang Ramai, Kuala Perlis, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, tujuannya meluangkan masa hadir ke Perlis bersama isterinya adalah disebabkan sudah lama tidak melawat Perlis, selepas kali terakhir berbuat demikian ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

"Itulah tujuan saya datang sini kerana sudah lama tidak datang dan kali terakhir saya hadir ke negeri ini adalah sebelum PRU lalu jadi dekat setahun lebih sudah saya tidak ke Perlis.

"Jadi tidak ada perubahan apa apa pun yang berlaku dengan kepimpinan negeri ini kerana saya tahu (Perlis) sudah pun ada kerajaan negeri sendiri, sudah ada Menteri Besar, sudah ada Exco.

"Ketika bertemu Menteri Besar, saya pun sudah dengar tadi perkara yang sudah dirancangkan untuk masa hadapan dengan pimpinan parti PN. Jadi kehadiran saya ini tidak ada niat apa-apa pun," katanya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata beliau hanya mahu melihat pentadbiran kerajaan negeri terus kukuh kerana itu adalah kehendak rakyat Perlis sendiri.

"Saya hanya hendak lihat agar pentadbiran Perlis terus kukuh kerana tahu kehendak rakyat jelas pada PRU lalu iaitu mahukan usaha pembangunan di negeri ini dipercepatkan.

"Terutamanya dalam situasi dan keadaan ekonomi yang agak merosot sekarang ini dan itu sahaja," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU memulakan lawatan sehari ke Perlis dengan mengadap Tuanku Syed Sirajuddin yang sedang menjalani rawatan pemulihan di HTF.

Beliau kemudian merasmikan Mesyuarat PN Perlis yang julung kali diadakan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Besar Perlis merangkap Pengerusi PN negeri.

Muhyiddin mengakhiri lawatannya dengan menghadiri Program Semarak Kasih Bersama Masyarakat di Kampung Warna Warni, Seberang Ramai di Kuala Perlis yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi PN Perlis merangkap Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU Perlis, Abu Bakar Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis serta barisan ADUN PN dari BERSATU Perlis yang lain.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.057219 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list