CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46729|Reply: 6

Membuat Penipuan, Sampai Sekarang Boleh Ingat!

[Copy link]
Post time 19-7-2024 11:00 PM | Show all posts |Read mode


Bagi kebanyakan ibu bapa, anak adalah segalanya. Rata-rata akan berusaha sehabis baik bagi memenuhi permintaan cahaya mata kesayangan mereka itu.

Namun sebagai orang paling penting dalam mencorak kehidupan anak-anak, tidak semua permintaan mereka dipenuhi. Malah, ada segelintir yang sanggup ‘menipu’ anak mereka dengan tujuan untuk mengajar.

Walaupun kedengaran tidak baik bagi sesetengah pihak, hakikatnya ia mampu memberi pengajaran dan mendidik si kecil itu hingga ada yang menggelarkan perbuatan sedemikian sebagai bohong sunat.
Ramai Boleh Ingat Penipuan Bapa Ketika Kecil

Pun begitu, ‘penipuan’ yang dilakukan ini kadang-kala dapat diingat oleh segelintir kanak-kanak setelah menginjak dewasa.

Menerusi video temubual secara rawak yang dikongsikan oleh seorang pencipta kandungan di akaun TikTok @abangbrand, kelihatan beberapa individu ditanyakan soalan tentang penipuan yang pernah dilakukan oleh bapa mereka.

Apa yang menjadi perhatian adalah jawapan yang diberikan oleh kesemua individu berkenaan dilihat turut sama dilakukan oleh kebanyakan bapa yang lain.

Ketika ditanya kepada individu pertama apa penipuan yang pernah dilakukan oleh bapanya, remaja itu mengatakan bahawa ayahnya sanggup menipu untuk elakkan daripada dirinya turut sama ikut keluar.

“Bila nak ikut, dia suruh mandi, tapi bila kita mandi, dia keluar,” kata remaja itu.

Jawapan individu kedua juga turut menjadi perhatian kerana itu merupakan alasan biasa yang sering digunakan oleh kebanyakan ibu bapa.

“Bila saya tengok mainan, dia kata tak jual,” kata pemuda itu.

Ketika ditanya bila dia mendapat tahu bapanya menipu yang mainan itu sebenarnya untuk dijual, dia menjawab hanya mengetahuinya setelah menginjak dewasa.

Malah, ada juga individu lain yang turut memberikan jawapan berbeza seperti bapa akan membuang mereka dari rumah kerana berkelakuan tidak baik serta tidak boleh keluar pada waktu maghrib bimbang nanti diculik hantu.

Namun, semua itu diakui hanyalah sekadar untuk menakut dan mengelakkan mereka daripada melakukan perkara tidak elok.
Warga Emas Anggap Cara Menipu Tidak Baik

Pada masa sama, apa yang turut mencuri perhatian adalah jawapan salah seorang individu yang bergelar bapa dalam video tersebut.

Bagi individu berkenaan, dia tidak suka menipu anaknya dan berpendapat perbuatan menipu anak adalah sesuatu yang tidak baik.

“Saya tidak suka menipu anak-anak, saya rasa tidak elok untuk besarkan anak dengan cara sedemikian,” katanya.
Ramai Pengguna TikTok Boleh Relate, Ada Yang Turut Berkongsi Kisah Sendiri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok terhibur mendengar jawapan berkenaan.

Kebanyakannya memahami dan dapat mengaitkan jawapan berkenaan dengan diri mereka kerana ia turut sama digunakan oleh bapa mereka.

Malah, ada di antara mereka yang turut berkongsikan kisah sendiri ditipu oleh bapa masing-masing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2024 11:01 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2024 11:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2024 11:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2024 11:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya ingat penipuan peraturan forum board isu semasa.
Katanya,hanya utk isu2 terkini,tindakan akan diambil utk isu2 yg takde kaitan..rupanya hanya satu penipuan
@AceHand
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2024 01:37 AM | Show all posts
jejaka_hensem replied at 20-7-2024 12:21 AM
Saya ingat penipuan peraturan forum board isu semasa.
Katanya,hanya utk isu2 terkini,tindakan akan d ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Masa tu yang bagitau tu Anwar Ibrahim rasanya...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.913970 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list