CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22632|Reply: 0

[Johor] Muhammad Syahmie ditemukan lemas, rakan masih hilang

[Copy link]
Post time 22-7-2024 08:42 AM | Show all posts |Read mode

MAYAT mangsa lemas, Muhammad Syahmie Zamzam ditemui pasukan penyelamat. FOTO Ihsan Bomba



Kota Tinggi: Seorang daripada dua rakan yang dilaporkan hilang ketika sedang mandi di Pantai Batu Layar dekat sini, pagi hari ini, ditemukan lemas.


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Mohammad Saifulizam Mohd Rofi berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Syahmie Zamzam, 26, ditemui jam 3.19 petang.

"Mangsa ditemui anggota bomba pada jarak 100 meter dari pantai Batu Layar dan jenazah dibawa ke Hospital Kota Tinggi.


"Pasukan penyelamat mempergiatkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa dikenali sebagai Haqim Abdul Rahim Lee, 20 tahun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, dua lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar di sini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.056494 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list