CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33188|Reply: 0

[Pulau Pinang] 25 mangsa skim pelaburan lapor polis, dakwa rugi RM5 juta

[Copy link]
Post time 22-7-2024 05:43 PM | Show all posts |Read mode
25 mangsa skim pelaburan lapor polis, dakwa rugi RM5 juta


Zuhainy Zulkiffli[email protected]





Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim (tiga dari kanan) berbual bersama 25 pelabur selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bayan Lepas di sini terhadap sebuah syarikat yang menawarkan skim pelaburan tidak wujud sehingga menyebabkan mereka kerugian RM5 juta. FOTO MIKAIL ONG





Bayan Lepas: "Awat (kenapa), kalau tak (tidak) dapat duit, dunia nak kiamat ka?"

Itu jawapan sinis diberikan pengurusan sebuah syarikat yang menguruskan skim pelaburan berkonsepkan pinjaman patuh syariah apabila mangsa bertanya mengenai wang mereka.

Akhirnya, mangsa, Shahrija Aishah Nagoor, 53, tersedar yang dia mungkin diperdaya hingga rugi RM45,000 membabitkan wang pusaka arwah suami.

Katanya, dia mengenali ahli syarikat itu yang juga kontraktor ubah suai rumahnya pada 2018, sebelum ditawar menyertai pelaburan berkenaan.

"Dia mendakwa pelaburan itu akan memberi banyak pulangan, patuh syariah dan ramai yang sudah mendapat keuntungannya.

"Sebagai ibu tunggal, saya anggap ia rezeki dan 'keuntungan' itu nanti dapatlah digunakan bagi menampung pembelajaran dua anak.

"Jadi saya melabur RM10,000 sebagai permulaan, kemudian secara berperingkat sehingga keseluruhannya berjumlah RM45,000," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Bayan Lepas, di sini, hari ini.

Terdahulu, Shahrija antara 25 mangsa skim pelaburan berkenaan di Pulau Pinang, membuat laporan di Balai Polis Bayan Lepas bagi menuntut pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut.

Bagi mangsa dari Kampung Melayu dikenali Ruzianzan Ibrahim, 40, wang simpanannya sebanyak RM40,000 lesap dan dia hanya sempat 'merasa' keuntungan sebanyak 10 peratus yang diberi selama enam bulan.

"Ini laporan polis pertama saya buat selepas menyedari ditipu sejak 2020 lalu. Kami menyeru individu lain yang terjerat sama supaya tampil buat laporan polis supaya pelakunya menerima balasan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim meminta pihak berkuasa menyiasat laporan mangsa penipuan itu di bawah salah laku jenayah.

Katanya, kerugian yang dialami 25 pengadu dianggar berjumlah RM5 juta dan lebih ramai mangsa dijangka membuat laporan penipuan sama di seluruh negeri.

"Pengadu tidak puas hati dengan trend kes digugurkan selepas pengadu lain menarik balik laporan. Kita bimbang jika individu berkenaan masih bebas.

"Kerana itulah 25 mangsa ini buat aduan baru dan MHO menyeru pihak berkuasa supaya lebih peka dan agresif dalam soal kes penipuan pelaburan, sesuatu perjanjian pelaburan atau perjanjian perniagaan, agar tidak sewenang-wenangnya dijadikan alasan (sindiket) untuk lepas daripada tindakan undang-undang," katanya.

Difahamkan, sindiket sama didakwa mengaut keuntungan sebanyak RM20 juta dengan menggunakan modus operandi menipu kira-kira 90 mangsa di seluruh negara.



Disiarkan pada: Julai 22, 2024 @ 5:33pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.448097 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list