CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12155|Reply: 3

[Dunia] Enam atlet negara sertai upacara pembukaan Olimpik Paris 2024

[Copy link]
Post time 26-7-2024 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 26-7-2024 10:13 PM

SERAMAI enam atlet dan empat pegawai akan mewakili kontinjen Malaysia pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 malam esok (awal pagi Sabtu di Malaysia).

Ketua kontinjen negara Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, barisan atlet negara bakal didahului oleh dua pembawa Jalur Gemilang, iaitu penerjun Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran Nur Shazrin Mohamad Latif.

Turut menyertai upacara yang akan diadakan di Sungai Seine secara besar-besaran adalah Nur Dhabitah Sabri (terjun), Khairulnizam Mohd Afendy (pelayaran), Ashley Lau (golf) dan Tan Rouxin (renang).

Kontinjen Malaysia turut disertai oleh Hamidin, timbalannya Datuk Nicol David, ketua perubatan kontinjen Dr Jasmiza Khuzairi Jasme dan Ang Li Pei (pegawai keselamatan Majlis Olimpik Malaysia).

Majlis perasmian Olimpik Paris 2024 dijadualkan bermula jam 7.30 malam esok (1.30 pagi Sabtu di Malaysia), dengan atlet akan menaiki bot yang dihiasi.

Malaysia menghantar 26 atlet dan 40 pegawai ke temasya sukan itu.

Terdahulu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi media sosialnya mengumumkan bahawa kontinjen negara akan di menggayakan busana bernama 'The Malaya’ berwarna hijau zaitun dengan motif keemasan rekaan pereka fesyen terkemuka tempatan Rizman Ruzaini untuk perasmian esok.

Atlet wanita akan memakai baju kurung songket dengan kelubung manakala atlet lelaki berbaju Melayu Teluk Belanga.

Artikel Berkaitan:


Sementara itu, Hamidin yakin dengan keselamatan atlet dan pegawai dalam kontinjen negara berikutan laporan media beberapa insiden seperti rompakan dan jenayah seksual.

"Saya tidak bimbang dengan atlet kerana mereka sentiasa berada di Perkampungan Sukan dan hanya keluar ke venue latihan atau pertandingan. Tahap keselamatan ketat untuk masuk ke Perkampungan Sukan dengan pemeriksaan rapi.

"Tetapi saya bimbang sedkit tentang keselamatan ahli keluarga dan rakan atlet di luar sana dan juga rakyat Malaysia yang lain di sini bagi temasya ini. Harap mereka menjaga keselamatan mereka.

"Buat masa ini iada apa-apa masalah dihadapi oleh atlet negara,” katanya ketika ditemui di Invalides, venue bagi acara memanah. - Bernama


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2024 06:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
sekali semua membelakangkan camera adeh
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lah squash ada dlm Olympic, mesti dulu kita dah ada sumbangan ingat emas dari datuk Nicol David kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.038827 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list