CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20428|Reply: 0

[Johor] KPDN sita 1,635.3 tan metrik minyak masak disyaki cuba diseleweng

[Copy link]
Post time 29-7-2024 08:13 AM | Show all posts |Read mode

KPDN Johor menyita kira-kira 1.635 juta kilogram atau 1,635.3 tan metrik pelbagai jenis minyak masak di sebuah syarikat membungkus minyak masak di Kulai, Rabu lalu, yang disyaki diseleweng.FOTO IHSAN KPDN


Johor Bahru: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menyita 1.635 juta kilogram atau 1,635.3 tan metrik pelbagai jenis minyak masak di sebuah syarikat membungkus minyak masak di Kulai, Rabu lalu.

Ia susulan syarikat pembungkusan minyak masak itu disyaki menyeleweng serta memanipulasi barang kawalan itu hasil pengauditan dokumen serta stok minyak masak di premis berkenaan.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, sitaan dibuat susulan pemeriksaan mendapati kuantiti minyak masak di premis itu melebihi daripada had kuantiti simpanan minyak masak yang diluluskan di bawah Lesen Barang Kawalan Berjadual (CSA) Borong.

Katanya, perkara itu terbongkar susulan pengauditan dilakukan sepasukan Pegawai Penguat Kuasa dari Ibu Pejabat KPDN Putrajaya ke atas dokumentasi urus niaga penjualan minyak masak syarikat berkenaan.

"KPDN Johor membuat pemeriksaan di sebuah syarikat membungkus minyak masak di sekitar Kulai, jam 8.15 malam bagi mendapatkan maklumat serta mengemukakan pengisytiharan stok di bawah Seksyen 8, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

"Hasil pemeriksaan mendapati kuantiti minyak masak yang berada di alamat perniagaan berkenaan melebihi daripada had kuantiti simpanan minyak masak yang diluluskan di bawah Lesen Barang Kawalan Berjadual (CSA) Borong.

"Oleh itu, KPDN mengambil langkah menyita 1,635.3 tan metrik pelbagai jenis minyak masak dengan nilai mencecah RM8.47 juta selain merampas beberapa dokumen perniagaan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lilis Saslinda berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan pelanggaran Peraturan 9(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974.

"Jika disabit kesalahan, denda sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda maksimum RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi pertubuhan atau perbadanan, denda maksimum RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya," katanya.

Beliau berkata, KPDN Johor menegaskan akan bertindak dengan cekap dan pantas serta tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras sindiket penyelewengan barang kawalan demi kepentingan rakyat.

"Kita juga mengalu-alukan aduan awam dan menyediakan pelbagai medium penyaluran aduan dan maklumat bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan dan maklumat," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.120942 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list