|
Ketika Paris menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2024, pekerja seks China tanpa dokumen, Hua berkata, rondaan polis yang dipertingkatkan mengancam sumber pendapatannya.
"Saya benar-benar berasa tertekan, saya sentiasa takut. Setiap hari, ada pemeriksaan polis.
"Saya semakin kurang keluar untuk bekerja," kata wanita itu, menggunakan nama yang berbeza supaya tidak dikenali.
Sekitar 40,000 orang – sebahagian besarnya adalah wanita – menjual atau dieksploitasi sebagai pekerja seks di Perancis.
Di bawah undang-undang Perancis, perkhidmatan seks dibenarkan, tetapi adalah tindakan salah untuk mengeksploitasi seseorang menerusi bapa ayam kepada pelanggan.
Ia menjadi lebih rumit jika pekerja seks tidak mempunyai dokumen.
"Saya sangat takut akan ditangkap sehingga saya tidak akan bekerja di jalanan semasa Olimpik," tambah wanita yang sudah bercerai itu, yang datang ke Perancis tujuh tahun lalu dengan harapan untuk mendapatkan gaji lebih baik sebagai pembersih rumah namun malangnya didiagnosis dengan penyakit kanser payudara.
"Jika mereka menangkap saya, saya akan dihantar balik ke China dan mereka tidak akan memberikan saya rawatan perubatan di sana," katanya menangis teresak-esak.
|
|