CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26969|Reply: 0

[Johor] Motif penculikan Albertine Leo didedahkan selepas siasatan selesai

[Copy link]
Post time 30-7-2024 05:20 PM | Show all posts |Read mode

KETUA Polis Johor, Komisioner M Kumar. FOTO Omar Ahmad


Johor Bahru : Motif penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui yang diculik di tapak perniagaan tapak festival Bon Odori di Eco Galleria, Iskandar Puteri pada 20 Julai lalu, akan didedahkan selepas siasatan selesai.
Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar berkata, tindakan itu agar siasatan yang kini sedang berjalan tidak terganggu.

Katanya, setiap kejadian jenayah pasti ada motifnya.

"Kita sudah sambung reman suspek seperti saya maklum semalam, dan saya akan memberi serta menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

"Ketika ini siasatan sedang berjalan dan saya tidak mahu mendedahkan apa-apa selagi siasatan tidak selesai, biar polis jalankan siasatan, selepas selesai baru kami dedahkan maklumat seperti motif dan sebagainya.

"Kalau saya beritahu awal (motif kejadian culik) mungkin akan mengganggu proses siasatan," katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Kumar berkata, berdasarkan laporan kesihatan yang dikeluarkan, kanak-kanak itu dilaporkan selamat dan tiada kecederaan fizikal.

"Mangsa tiada kecederaan dan laporan kesihatan mengesahkan kanak-kanak itu selamat.

"Kejayaan menyelesaikan kes penculikan kanak-kanak ini adalah kejayaan signifikan yang direkodkan Polis Johor," katanya.

Semalam, suspek lelaki berusia 31 tahun yang ditahan bersama mangsa di sebuah bilik hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 23 Julai lalu, disambung reman sehingga Ahad ini.

Empat suspek lain berusia 28 hingga 55 tahun yang ditahan sebelum itu direman empat hari sehingga Jumaat lalu, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan tempoh reman bagi mereka tidak disambung.

Pada 20 Julai lalu, Albertine Leo disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam ketika berada di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri dekat sini.

Susulan kehilangan kanak-kanak itu, polis menahan tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita di sekitar Gelang Patah kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 22 Julai lalu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Johor, M. Kumar kemudian mengklasifikasi semula laporan orang hilang yang dibuat bapa mangsa sebelum ini, kepada kes penculikan.


Disiarkan pada: Julai 30, 202



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.087367 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list