CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28936|Reply: 0

[Johor] Kes 'Oyen Ucuk' miliki, sokong IS dipindah ke Mahkamah Tinggi KL

[Copy link]
Post time 30-7-2024 05:22 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Sani dikawal ketat selepas Mahkamah Sesyen Muar membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. FOTO Alias Rani


Muar: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, membenarkan permohonan untuk memindahkan kes seorang pekebun yang didakwa memiliki dan menyokong Negara Islam (IS), sejak tahun lalu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Irwan Suainbon memutuskan demikian selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim yang memaklumkan pihaknya sudah menerima laporan forensik sekali gus mengemukakan izin pendakwaan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Tiada bantahan dikemukakan daripada pihak pembelaan tertuduh, Muhammad Sani Mahdi Sahar, 31, yang juga bapa seorang anak dengan tarikh perbicaraan kes terbabit akan ditetapkan kemudian.

Muhammad Sani yang pernah dua kali dipenjara mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), sekali lagi didakwa di mahkamah sama, 13 Jun lalu terhadap tiga pertuduhan kerana memiliki dan menyokong IS.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang pernah disabitkan di bawah SOSMA pada 2015 dan 2017, didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS dengan cara menggunakan Facebook atas nama Abu Ibrahim yang kemudiannya ditukar kepada nama "Oyen Ucuk".

Perbuatan itu dilakukan di Bahagian E8 Counter Terrorism Cawangan Khas, Tingkat 24 Menara 2 Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, 9 pagi, 19 Disember 2023.

Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130J (1) (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama.

Hukuman bagi kesalahan ini adalah, dia boleh dipenjara sehingga 40 tahun atau denda, dan harta digunakan dalam melakukan kesalahan itu boleh dirampas.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki item iaitu tiga gambar dikaburkan dengan keterangan gambar menyatakan individu terbabit berbai'ah kepada Abu Hafsah Al-Hasimi Al-Quroshi yang juga pemimpin IS kelima di Facebook miliknya yang menggunakan nama sama.

Manakala pertuduhan ketiga, dia didakwa memiliki gambar program memperingati insiden militan yang berkait dengan IS yang menawan suatu kawasan di Mozambique pada 2020 juga di Facebook sama.

Semua kejadian itu berlaku di lokasi sama pada 8 malam, 26 Mac dan 9.16 malam, 30 April lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1) (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut peruntukan sama iaitu penjara sehingga tujuh tahun manakala harta digunakan dalam melakukan kesalahan itu boleh dirampas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim manakala tertuduh diwakili peguam Nurain Sakina Zakri dan Asiah Abd Jalil.

Pada Mac 2016, tertuduh juga bekas pengajar al-Quran dipenjara 18 bulan selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana memiliki 30 video berkaitan pengganas.

Dua tahun kemudian iaitu Julai 2018, mahkamah sama menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap tertuduh atas tiga pertuduhan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Daesh.


Disiarkan pada: Julai 30, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.888980 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list