View: 39732|Reply: 4
|
Pengurus 'Lebih sudu daripada kuah' dari jurulatih, bekas jurulatih dedah punca atlet angkat berat Aniq terlepas pingat gangsa
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 12-8-2024 08:43 AM
KEKECEWAAN terpapar di wajah atlet angkat berat tanah air, Mohamad Aniq Kasdan selepas terlepas peluang meraih pingat dengan perbezaan satu kilogram (1kg) dengan pemenang gangsa iaitu wakil Amerika Syarikat, Hampton Morris.
Mohamad Aniq terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menduduki tempat keempat dengan jumlah angkat 297kg, dengan Morris dari Amerika meraih gangsa dengan jumlah angkat 298kg.
Atlet kelahiran Johor itu bermula baik apabila melakukan angkatan 167kg dalam percubaan pertama clean and Jerk, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan dengan angkatan keseluruhan 297.
Menjengah ruangan media sosial warganet, seorang pengguna Facebook, MD Sukri Anami yang juga berpengalaman dalam sukan angkat berat tanah air sebagai jurulatih mendakwa, ada individu lain menganggu permainan Mohamad Aniq.
Dari sudut pandangnya, pengurus pasukan, Amirul Hamizan Ibrahim didakwa menjadi individu yang menyarankan agar Mohamad Aniq membuat cabaran baharu dengan mengangkat 174kg.
Sebagai bekas jurulatih, apa yang saya nampak sepatutnya Aniq Kasdan wajib dapat gangsa dan sepatutnya dapat gangsa. Daripada angkatan 167 terus lompat ke 174kg. Nak kejar apa sebenarnya? Kalau snatch dan 130, clean and jerk sepatutnya jurulatih fikir ambil pingat dahulu (gangsa) sama ada angkatan kedua 171kg atay 172 kg.
"Itu masih ada harapan gangsa. Apa yang saya nampak di sini ada sedikit kartun dalam pasukan angkat berat ke Olimpik. Pengurus pasukan sepatutnya dipersalahkan. Lebih sudu daripada kuah. Ambil alih tugas jurulatih (Edmund Yeo). Ini tidak profesional dan tidak menghormati peranan dan kepakaran jurulatih.
"Walaupun anda bekas pemenang nombor satu Komanwel, itu tidak bermakna anda boleh over shadow jurulatih utama mereka. Banyak lagi nak disuarakan sebenarnya. Tetapi ini yang paling utama. Selepas ini, walaupun pengurus ada stratregi sekalipun. Duduklah tepi dahulu.
"Biarkan jurulatih yang uruskan atlet. Mungkin jurulatih ada taktik berapa kg yang sepatutnya Aniq angkat. Tetapi bila diganggu pengurus, jurulatih tidak dapat buat apa difikirkan mereka. Jurulatih sentiasa ada bersama atlet. Jurulatih tahu kelemahan dan kekuatan atlet mereka," luahnya.
Dalam pada itu, Amirul Hamizan mempertahankan keputusan untuk lakukan percubaan 174kg kerana berdasarkan rekod sememangnya Morris, pemegang rekod dunia (176kg) mampu mengatasi Mohamad Aniq untuk pingat.
"Namun, saya sangat berpuas hati kerana Aniq masih muda. Ini adalah satu daripada kategori baharu untuk beliau selepas hanya setahun lepas tukar daripada kategori 55kg (yang tiada dalam Olimpik). Jika digilap dengan betul, beliau mampu menghadirkan saingan lebih baik.
"Cuma, kita berharap beliau lebih konsisten selepas ini untuk mencabar pingat dalam temasya dan kejohanan utama," katanya
https://www.facebook.com/share/p ... Gc/?mibextid=Nif5oz
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Siapa pengurus dia ni?
Iols selek sikit oengurus2 ni .
Yang ziyad dolu terlepas roll call pung sebab pengurus bangun lambat kan..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi dah jadi bubur. Buat pengajaran di masa depan |
|
|
|
|
|
|
| |
|