CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18445|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kertas siasatan kes tikam ibu saudara hingga mati diserah hari ini

[Copy link]
Post time 19-8-2024 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Kertas siasatan kes tikam ibu saudara hingga mati diserah hari ini


Nur Izzati Mohamad[email protected]







LOKASI kejadian wanita warga emas maut ditikam di kepala selepas cuba meleraikan pergaduhan antara dua beranak di sebuah rumah di Pekan Darat,Kepala Batas. FOTO Arkib NSTP





Kepala Batas: Polis sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes wanita warga emas yang maut ditikam anak saudara lelakinya kepada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) hari ini.

Timbalan Ketua Polis Seberang Perai Utara, Superintendan C Tharmalingam berkata, susulan itu pihaknya menunggu arahan lanjut sama ada suspek berusia 43 tahun akan dituduh atau sebaliknya.

Menurutnya, suspek yang direman selama tujuh hari hingga Rabu ini masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Bagaimanapun, kita sudah serahkan kertas siasatan yang lengkap kepada pihak PPN hari ini dan sekarang kita tunggu arahan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, suspek yang juga penganggur dikatakan mempunyai masalah mental dan ujian air kencingnya juga negatif dadah.

Media sebelum ini melaporkan wanita warga emas maut ditikam di kepala dengan gunting selepas dipercayai cuba meleraikan pergaduhan antara dua beranak di sebuah rumah di Pekan Darat, di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Ibu suspek pula dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan selepas dilaporkan mengalami kecederaan sebelum dibenarkan pulang semalam.

Sejurus kejadian itu juga suspek dikatakan mengamuk dengan memecahkan cermin rumah saudaranya sebelum orang ramai menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Disiarkan pada: Ogos 19, 2024 @ 1:37pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1124488/kertas-siasatan-kes-tikam-ibu-saudara-hingga-mati-diserah-hari-ini





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.154791 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list