View: 20175|Reply: 3
|
Mendapat Sokongan AFC Dan FIFA, Pembuat Piala Daddy Dan Cap Susu Tak Nak Join Ke?!
[Copy link]
|
|
Edisi sulung Kejuaraan Kelab Asia Tenggara atau kini lebih dikenali sebagai Piala Shopee akhirnya membuka tirainya pada hari ini melibatkan 3 perlawanan.
Namun timbul persoalan dalam kalangan peminat sama ada Piala Shopee diiktiraf oleh badan bola sepak dunia walaupun benua Asia kini sudah ada 3 kejohanan di peringkat kelab iaitu AFC Champions League Elite (ACLE), AFC Champions League Two (ACL2) dan AFC Challenge League (ACGL).
Menurut laporan SportBusiness, Piala Shopee yang sepatutnya dilancarkan pada 2020 telah mendapat sokongan daripada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Namun begitu, kejohanan di peringkat kelab anjuran AFC kekal sebagai pertandingan yang berprestij dan utama di Asia.
Jadual Piala Shopee yang diaturkan juga tidak menganggu perjalanan kejohanan di peringkat AFC dan turut disertai oleh pasukan yang terlibat dengan ACLE iaitu Buriram United.
Piala Shopee hanya melibatkan pasukan dari Asia Tenggara dan disertai oleh dua kelab masing-masing dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Sementara Singapura dan Filipina pula bakal diwakili sebuah pasukan.
Malaysia diwakili oleh naib juara Piala FA 2023, Kuala Lumpur City (KL City) dan naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu FC (TFC).
TFC diundi dalam kumpulan A bersama BG Pathum United (Thailand), PSM Makassar (Indonesia), Dong A Thanh (Vietnam), Shan United (Myanmar) dan Preah Khan Reach Svay Rieng FC (Kemboja).
Manakala KL City dalam kumpulan B bersama Buriram United (Thailad) Cong An Ha Noi FC (Vietnam), Borneo FC (Indonesia), Kaya-Iloilo FC (Filipina) dan Lion City Sailors (Singapura).
Setiap kumpulan bakal menempuh lima perlawanan dengan juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.
Format separuh akhir dan final kejohanan menggunakan format home dan away seterusnya berlangsung sehingga 21 Mei tahun depan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|