View: 21915|Reply: 9
|
Ajaib! Green Day pilih Malaysia, ‘skip’ Singapura
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Band ternama punk rock Amerika Syarikat, Green Day bakal menggegarkan Malaysia buat pertama kali di Stadium Hoki Nasional pada 18 Februari tahun depan.
Menerusi kenyataan media oleh penganjur, Live Nation Malaysia, Green Day memilih Malaysia, Indonesia (15 Februari) dan Jepun (21 dan 26 Februari) bagi siri jelajah Asia Tenggara dan melangkau Singapura.
“Live Nation Malaysia teruja mengumumkan legenda punk rock, Green Day, akan membuat persembahan konsert pertama di Malaysia.
“Malaysia akan menjadi satu-satunya persinggahan di Asia Tenggara, selain Jakarta bagi band ikonik itu,” kata penganjur menerusi kenyataan media.
Green Day yang juga pemenang Anugerah Grammy sebanyak lima kali akan memainkan keseluruhan dua album terbesar mereka, Dookie dan American Idiot.
Dookie yang dikeluarkan pada tahun 1994 adalah album ketiga mereka dan menghasilkan hits seperti, When I Come Around dan Basket Case.
American Idiot pula dikeluarkan pada tahun 2004 dan terkenal dengan lagu termasuklah Wake Me Up When September Ends.
Rata-rata peminat tidak sabar menantikan kehadiran band Amerika itu dan ada juga yang pelik Green Day tidak mengadakan persembahan di Singapura.
“Selepas 36 tahun, akhirnya Green Day datang Malaysia,” kata peminat.
“Melawan hukum alam. Selalunya orang langkau Malaysia tetapi ini Singapura,” ujar pengikut.
Kumpulan Green Day yang dianggotai Billie Joe Armstrong selaku vokalis, Mike Dirt (pemain guitar) dan Treé Cool (pemain drum) ditubuhkan di Rodeo, California pada tahun 1987.
Kumpulan ini telah menjual lebih daripada 75 juta rekod di seluruh dunia, termasuk lebih daripada 24 juta jualan album di Amerika Syarikat.
Pemegang ahli Live Nation boleh mendapatkan tiket terlebih dahulu semasa pra jualan eksklusif Live Nation pada hari Khamis, 26 September dari pukul 12 tengah hari hingga 11.59 malam. Untuk jualan tiket secara awam akan mula dijual pada Jumaat, 27 September bermula dari pukul 11 pagi.
Bagi peminat yang memegang kad Mastercard, mereka berpeluang menikmati keistimewaan mendapatkan akses khas untuk tiket pra-jualan di Malaysia bermula Selasa, 24 September pukul 10 pagi hingga Khamis, 26 September pukul 10 pagi.
Sebelum ini, kumpulan ini terpaksa membatalkan semua konsert jelajah mereka di Asia kerana wabak Covid-19.
Sumber : – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nak makan sikmak la tu
Apapun, welcome to Malaysia greendayyyy |
|
|
|
|
|
|
|
sapeka replied at 28-8-2024 02:26 PM
Wow
Sebab apa?
Sebab ada bunkface. Klon dia.. ahh tiberrr |
|
|
|
|
|
|
|
cloud_jade replied at 28-8-2024 05:59 PM
Sebab ada bunkface. Klon dia.. ahh tiberrr
Owh gitu
Okeh |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa tiket? Bagi tau cepat, boleh menabung..hahahahha
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols dah beli tiket |
|
|
|
|
|
|
|
21guns, When i came around, wake me up whn Sept ends, nostalgic, sampai skg drive mesti wajib dgr lagu 21guns. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab lagi murah utk org Spore fly / cross dan bercuti di Malaysia and beli tiket harga Malaysia, berbanding org Malaysia nak beli tiket dan pergi ke Singapore (agaknyalah ) |
|
|
|
|
|
|
| |
|