CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23294|Reply: 1

Tips nak bangun subuh awal.

[Copy link]
Post time 5-9-2024 03:48 PM | Show all posts |Read mode

1. Tidur awal. Lepas pukul 10:00 malam adalah waktu paling baik untuk rehat. Dalam hadis menyebut tentang 1 jam pertama selepas isyak adalah waktu yang sepatutnya manusia itu rehat.

2. Kurangkan melihat handphone selepas pukul 10:00 malam. Yang menyebabkan kita susah nak bangun subuh adalah bebannya mata yang melihat banyak kejahatan di media sosial dan internet.

3. Maghrib dan isyak, wajibkan diri untuk berada di rumah. Demi untuk memastikan kita dapat solat maghrib dan isyak yang tak lewat. Masuk waktu, kita solat terus. Itulah kekuatan untuk bangun subuh.

4. Sebelum tidur, banyakkan zikir dan selawat. Baca doa sebelum tidur juga akan membantu kita untuk bangun subuh. Jangan tidur lepas tengok movie. Jangan tidur lepas baca gosip rampas suami orang. Jangan tidur lepas komen buruk di FB orang lain.

5. Sebelum tidur, macam-macam kita baca. Baca doa. Baca hadis. Baca Al Quran. Tapi, bila tersedar kita lupa nak baca doa. Sedangkan, bila kita baca doa maka akan terputuslah tali yang mengikat dan memalaskan kita untuk bangun subuh.

6. Minta pada Allah untuk bangun subuh. Minta lah. Kerana kekuatan bangun subuh ini juga ada pada Allah. Bangunkan aku wahai Allah esok hari. InsyaAllah, kita akan mudah bangun subuh.

Ini antara cara yang kita boleh lakukan supaya kita dapat bangun subuh.

Kerana, berkat pertama itu bermula dari subuh.

Kalau subuh kita pukul 7:00, mampukah kita hidup hari ini, di mana kita hidup dalam akhir zaman yang sangat menyakitkan?

Mampu nak hadapi ujian?

Mampu nak hadapi kecaman?

Kekuatan itu ada pada subuh. Carilah keberkatan subuh.

Penulis asal: Abu Hurairah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 03:30 PM | Show all posts
tips yang bagus..
tapi bab handphone tu aduhai..susah betul nak tinggal.
before tidur main game pulak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.055777 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list