CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77323|Reply: 0

[Kedah] Ajal rempuh tiang elektrik

[Copy link]
Post time 15-9-2024 09:17 PM | Show all posts |Read mode
Ajal rempuh tiang elektrik


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







KEADAAN kereta Proton Iswara yang terbabit kemalangan di Kampung Bukit Terabak, Kupang. FOTO Ihsan Polis





Baling: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat maut selepas kereta yang dinaiki bersama abangnya merempuh tiang elektrik di Jalan Sungai Petani-Baling di Kampung Bukit Terabak, Kupang, di sini awal pagi, hari ini.

Dalam kejadian 1.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Shakir Noor Ruslan, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling Deputi Superintendan Charan Ai Wan berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dan abangnya, Muhamad Shazwan, 21, dalam perjalanan dari arah Mahang, Kulim menghala ke rumah mereka di Sungai Limau.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati Muhamad Shazwan yang memandu kereta kereta Proton Saga Iswara hilang kawalan ke laluan bertentangan lalu merempuh tiang elektrik berkenaan.

"Pemandu kereta cedera ringan dan dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut.

"Penumpang kereta (adik pemandu) yang maut dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Disiarkan pada: September 15, 2024 @ 8:41pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1134289/ajal-rempuh-tiang-elektrik





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.188296 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list