CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43124|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2 beranak warga China maut kereta dihempap pokok, dinding konkrit

[Copy link]
Post time 18-9-2024 06:51 PM | Show all posts |Read mode
2 beranak warga China maut kereta dihempap pokok, dinding konkrit

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - September 18, 2024 @ 6:01pm [email protected]







Dua mangsa warga China dipercayai bapa dan anak perempuan maut dihempap pokok dan runtuhan bangunan di Perarakan Mansion, Lebuh Gereja. - NSTP/MIKAIL ONG





GEORGETOWN: Dua pelancong warga China maut selepas beberapa kereta yang diletakkan di pekarangan Rumah Agam Pinang Peranakan di Lebuh Gereja di sini ranap dihempap pokok yang tumbang bersama bongkah bangunan hari ini.

Kejadian berlaku apabila sebatang pokok besar yang melekat pada bangunan itu tercabut dan tumbang bersama sebahagian konkrit, lalu menimpa tiga kenderaan di lokasi yang menjadi tarikan pelancongan itu.

Berdasarkan maklumat, anggota bomba mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang terperangkap dalam kereta yang dihempap itu.

Difahamkan, mangsa iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 50-an dan wanita dipercayai anaknya yang berusia lingkungan 30-an hanya berjaya dikeluarkan daripada bawah runtuhan jam 5.15 petang.

Ketua Operasi yang juga Penguasa Bomba Zon Daerah Timur Laut, Muhammad Syafiq Noor Azman, berkata pihaknya berdepan kesukaran mengeluarkan mangsa yang tersepit berikutan lokasi kejadian sempit dan ruang terhad untuk membawa masuk kren.

"Maklumat awal diterima mangsa baru sahaja masuk ke dalam kereta selepas keluar dari premis terbabit dan pemerhatian mendapati pokok sebesar kira-kira tiga pemeluk itu melekat pada bangunan.

"Jadi pokok itu tumbang dan membawa sekali runtuhan bongkah konkrit lalu menghempap tiga kereta yang diparkir di lokasi kejadian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1299987/2-beranak-warga-china-maut-kereta-dihempap-pokok-dinding-konkrit





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.049523 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list