CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42781|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ombak besar di Pulau Pinang, Pulau Pangkor kejadian luar biasa - METMalaysia

[Copy link]
Post time 18-9-2024 08:48 PM | Show all posts |Read mode
Ombak besar di Pulau Pinang, Pulau Pangkor kejadian luar biasa - METMalaysia


September 18, 2024 @ 7:20pm






Ombak besar merosakkan beberapa gerai dan restoran di Pantai Bersih, Bagan Ajam. Butterworth, Pulau Pinang hari ini. - Foto NSTP/Danial Saad




KUALA LUMPUR: Kejadian ombak besar di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor, Perak semalam adalah luar biasa, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Katanya, situasi itu terjadi kerana kehadiran bersekali fenomena air pasang besar disebabkan oleh keadaan perigee iaitu kedudukan bulan hampir dengan bumi dan bulan penuh serta angin barat yang bertiup kencang.

"Hujan berterusan serta keadaan laut bergelora yang berlaku di utara Semenanjung disebabkan angin barat yang bertiup kencang dan bertumpu di kawasan berkenaan," katanya kepada Bernama.

Mohd Hisham berkata METMalaysia telah menjangka lebih awal keadaan terbabit dengan mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di perairan Selat Melaka Utara dan Phuket, Thailand pada 12 September bagi tempoh kuat kuasa bermula Ahad lepas hingga hari ini.

Katanya, amaran itu telah dikemas kini semalam dengan tempoh kuat kuasa dilanjutkan hingga Sabtu ini.

"Selain itu, METMalaysia juga telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) pada 13 September bagi tempoh kuat kuasa bermula 15 hingga 19 September di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak bagi kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar," katanya.

Justeru, Mohd Hisham meminta orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dengan melayari laman web serta media sosial METMalaysia.

Semalam, tular beberapa kejadian fenomena ombak besar yang melanda kawasan antaranya pesisir Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih di Butterworth.

Klip video yang dirakam peniaga di kawasan Pantai Bersih dan di R&R Bagan Ajam serta menularkannya di media sosial itu memaparkan ombak yang memasuki premis perniagaan sehingga menyebabkan kerosakan peralatan perniagaan, namun tiada kecederaan berlaku.

Selain Pantai Bersih dan R&R Bagan Ajam yang popular dalam kalangan penduduk untuk bersantai pada waktu malam, beberapa lokasi seperti Padang Kota atau dikenali sebagai Esplanade turut terjejas apabila air laut melimpah masuk hingga medan selera Medan Renong.

Menerusi video tular, kelihatan pelanggan di medan selera itu bertempiaran lari menyelamatkan diri dan barangan mereka daripada basah manakala peniaga bergegas menyelamatkan barangan perniagaan.

Turut tular ialah beberapa video menunjukkan ombak besar dan bergelora di Pulau Pangkor termasuk di Teluk Nipah, Perak.
- BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1300009/ombak-besar-di-pulau-pinang-pulau-pangkor-kejadian-luar-biasa






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.062255 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list