CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8307|Reply: 1

[Kedah] Ribuan hidupan marin terdampar, Pantai Chenang meriah

[Copy link]
Post time 20-9-2024 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Ribuan hidupan marin terdampar, Pantai Chenang meriah


Hamzah Osman[email protected]









RIBUAN hidupan marin terdampar di Pantai Chenang, Langkawi dipercayai berpunca dari angin kencang dan ombak besar sejak tiga hari lalu. FOTO Hamzah Osman




















Langkawi: Pantai Chenang di sini, kembali meriah sejak tiga hari lalu apabila orang ramai mengambil peluang mengutip pelbagai hidupan marin yang terdampar di pesisiran pantai.

Fenomena siput kabung, gayam, paha ayam, kekapis dan kerang terdampar di pantai tumpuan awam itu bukanlah satu perkara asing, malah dinanti-nantikan penduduk di pulau ini setiap kali tiba musim angin kencang dan ombak besar.

Penduduk, Shamsuhaila Zainuddin, 38, berkata, pelbagai hidupan marin mula memenuhi sebahagian pesisir Pantai Chenang sejak jam 4 petang kelmarin, menyebabkan kawasan itu dipenuhi pengunjung.

"Ini fenomena biasa bagi kami penduduk tempatan apabila menjelang Ogos dan September setiap tahun. Malah, jika fenomena ini bertembung cuti hujung minggu ia menjadi seolah-olah pesta mengutip kerang dan gayam di sini.

"Kami anggap ini rezeki tambahan ketika kumpulan nelayan sukar turun ke laut untuk menangkap ikan kerana keadaan angin kencang dan ombak besar yang berbahaya," katanya yang menetap di Kampung Kedawang di sini.

Seorang lagi penduduk, Zaidi Mansor, 48, dari Kampung Belak di sini, berkata, aktiviti mengutip pelbagai hidupan marin itu hanya dilakukan ketika waktu air laut surut dan lazimnya seawal jam 8 pagi mereka sudah berada di pantai.

"Semalam memang banyak kerang dan siput gayam yang dijumpai, tapi hari ini agak kurang dan hanya ini (siput paha ayam). Ia menjadi pendapatan segera buat penduduk di sini. Alhamdulillah.

"Cuma saya risau apabila melihat ada beberapa pengunjung yang ghairah turun ke tengah laut untuk menggagau hidupan marin kerana cuaca buruk belum reda. Sebaiknya kutip di tepi pantai slebih selamat," katanya.

Sementara itu, Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa mengingatkan komuniti maritim supaya berwaspada terhadap sebarang perubahan cuaca tidak menentu ketika ini.

"Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di perairan Perlis serta Kedah yang berlanjutan sehingga Rabu ini.

"Cuaca begini bahaya kepada aktiviti komuniti maritim khususnya bagi perahu kecil, bot penumpang, sukan dan aktiviti air membabitkan pelancong domestik dan luar negara," katanya dalam kenyataan diedarkan di sini, hari ini.



Disiarkan pada: September 20, 2024 @ 12:33pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1135742/ribuan-hidupan-marin-terdampar-pantai-chenang-meriah





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2024 12:42 PM | Show all posts

ORANG ramai mencari hidupan marin yang terdampar di Pantai Chenang. FOTO Hamzah Osman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.925383 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list