CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10675|Reply: 0

[Kedah] Air melimpah, Jalan Gunung Keriang ditutup

[Copy link]
Post time 21-9-2024 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Air melimpah, Jalan Gunung Keriang ditutup


Zuliaty Zulkiffli[email protected]






Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad. - Foto NSTPZULIATY ZULKIFFLI





Alor Setar: Jalan Gunung Keriang, Anak Bukit, di sini ditutup hari ini berikutan air sungai berhampiran melimpah ke atas jalan dan menghalang lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, penutupan jalan itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Beliau berkata, penutupan Jalan Gunung Keriang Sungai Baru yang membabitkan jarak sejauh lebih kurang 1.5 kilometer itu bermula dari hadapan Petronas Bandar Anak Bukit sehingga ke persimpangan tiga Masjid Hidayatus Solihin Sungai Baru Gunung.

"Papan tanda penutupan jalan sudah pun diletakkan di kedua dua arah.

"Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif lain melalui Jalan Suka Menanti dan Jalan Sungai Baru sekiranya mahu menuju ke pusat bandar mahupun ke arah Gunung Keriang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siti Nor Salawati berkata, penutupan jalan dan lencongan ini dilakukan selagi mana paras air dilihat berbahaya kepada semua jenis kenderaan.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di talian 04-7326999.



Disiarkan pada: September 21, 2024 @ 10:40am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1136009/air-melimpah-jalan-gunung-keriang-ditutup





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.046615 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list