View: 15342|Reply: 13
|
Jenazah Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah sudah ditemui
[Copy link]
|
|
BEIRUT: Jenazah Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah, yang terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Beirut, sudah ditemui, menurut sumber yang rapat dengan pergerakan itu kepada AFP, semalam.
"Jenazahnya ditemui pada Sabtu dan sudah dikafankan semalam (Ahad) selepas dimandikan," kata sumber itu, yang enggan dikenali.
Di Iran, pemimpin kanan meratapi kematian seorang anggota kanan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) yang terbunuh bersama Nasrallah, dan Tehran menggesa mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) diadakan berhubung tindakan Israel.
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, telah dipindahkan ke lokasi yang selamat di Iran selepas pembunuhan Nasrallah, menurut sumber kepada Reuters.
Jasad Nasrallah dilaporkan ditemui dalam keadaan utuh di lokasi serangan pada Jumaat, menurut sumber perubatan dan sumber keselamatan kepada Reuters. Hizbullah belum mengumumkan bila pengebumiannya akan diadakan.
Sebelum kematiannya pada Jumaat lalu, ketika jet Israel menyerang kubu kuat Hizbullah di selatan ibu negara Lebanon, Nasrallah dianggap sebagai orang paling berkuasa di negara itu.
Selama lebih tiga dekad, beliau mengetuai gerakan yang disokong oleh Iran yang juga musuh ketat Israel.
Seorang Senator di Amerika Syarikat (AS), Mark Kelly, berkata bom yang Israel gunakan untuk membunuh Nasrallah adalah buatan senjata berpandu buatan AS seberat 2,000 paun (900 kilogram).
Serangan udara Jumaat lalu juga membunuh komander tertinggi kumpulan itu, Ali Karake, di selatan Lubnan, kata Hizbullah semalam.
Pergerakan itu bagaimanapun, tidak menamakan orang lain yang meninggal dunia bersama Nasrallah dan Karake.
Bagaimanapun, tentera Israel berkata, bahawa 'lebih 20 pemimpin lain daripada pelbagai pangkat' turut terkorban dalam serangan itu.
Pihak berkuasa di Lubnan memberikan angka sementara enam kematian, tetapi memandangkan skala kemusnahan yang berlaku, jumlah kematian dijangka lebih tinggi.
Pinggir selatan Beirut dan selatan serta timur Lubnan telah menjadi sasaran pengeboman hebat Israel sejak Isnin, dengan Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan lebih 1,000 orang terbunuh, 6,000 cedera dan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal. - AGENSI
Sumber – Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak perang Iran dan Israel?
Nak tengok juga Iran guna bom nuklear nya |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi memang Hezbollah ada bina HQ bawah apartment orang awam ke macamana? Sebab bila Israel bom apartments tu pemimpin Hezbollah mati kat bawah apartment tu katanya. Orang awam tu pulak sempat lari sehelai sepinggang saja sebab Israel bagi warning suruh cepat2 cabut hanya sejurus saja sebelum bom. Tak berpeluang bawak satu apa pun. Semoga dipermudahkan kehidupan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 30-9-2024 09:19 AM
Jadi memang Hezbollah ada bina HQ bawah apartment orang awam ke macamana? Sebab bila Israel bom apar ...
Oh mcm tu ke kisahnya. Masa pemimpin Palestin yg mati di Iran tu pun katanya bom letak di living hall tpt mrk menginap. Dah plan setahun. Mmg ada talibarut Israel di kalangan org Iran tu. Sampai org dtg sekejap utk attend program pun sempat mrk bunuh. |
|
|
|
|
|
|
|
ketika jet Israel menyerang kubu kuat Hizbullah di selatan ibu negara Lebanon, Nasrallah dianggap sebagai orang paling berkuasa di negara itu.
kalah Perdana Menteri
|
|
|
|
|
|
|
|
Iran is lalang, ramai talibarut yahudi. Hizbullah dan Houti walau pun dua-dua syiah tapi dah buktikan sanggup gadai nyawa lawan serohell. Manakala Pm Lubnan yang sunni pun tak daya tolong sama saudara sunni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak semua rakyat lebanon sokong dan setuju dan tindakan hezbollah. Hezbollah ni militant syiah. Penduduk di lebanon ni ada sunni dan kristian. Tindakan hezbollah mengancam orang lain yg menentang hezbollah dalam lebanon tu sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
silance replied at 30-9-2024 12:30 PM
Iran is lalang, ramai talibarut yahudi. Hizbullah dan Houti walau pun dua-dua syiah tapi dah buktika ...
Betul, Iran ni lagi teruk dari Yahudi
Bangsa yg disebut dalam Al Quran kan diorang ni juga |
|
|
|
|
|
|
|
beza antara golongan yang nothing to loose bila dibedil bertalu talu sbb negara mereka mmg dah berantakan (hizbullah dan houthi)
dengan Iran yang ambil kira semua risiko perpecahan perang etnik termasuk kemusnahan semua pencapaian pembinaan negara bangsa berpuluh tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru tau dia ni dah mati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Former Hezbollah leader Nasrallah’s body has been temporarily buried in a secret location over fears his funeral will also be hit, it emerged yesterday. A memorial is expected in Tehran.
The latest attack in Dahieh is a short distance from the Beirut-Rafic Hariri International Airport which is the main route out for civilians.
There are fears that it could shut any day leaving those left in Lebanon trapped. Thousands of Britons remain in Lebanon, with the military on standby in Cyprus to evacuate them if civilian routes close down.
Another flight touched down in Birmingham on Thursday as the UK Government said it has chartered more planes to get people out. So far three have left Lebanon. Foreign Secretary David Lammy said: ‘The situation is volatile. Flights are limited but seats are available.
‘British nationals who want to leave should register their presence now to receive details on how to request a seat.’
The Israeli military expanded its evacuation orders yesterday calling on civilians in 37 towns and villages in southern Lebanon to flee. Families were told to head north of the Awali River to ‘save your lives’.
‘The IDF does not intend to harm you, so for your own safety you must evacuate your homes immediately,’ said Avichay Adraee, the military’s Arabic language spokesman. ‘Anyone who is near Hezbollah elements, installations, and combat equipment is putting his life at risk. |
|
|
|
|
|
|
|
maksudnya mati semasa berjuang. dah syahid. tapi dalam artikel sebut dimandikan. salah petik kot
|
|
|
|
|
|
|
| |
|