CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16265|Reply: 0

[Kedah] Kedah dilanda banjir gelombang kedua, mangsa banjir meningkat 1,359 orang

[Copy link]
Post time 30-9-2024 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Kedah dilanda banjir gelombang kedua, mangsa banjir meningkat 1,359 orang


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 30, 2024 @ 8:52am [email protected]







Kedah dilanda banjir gelombang kedua berikutan limpahan air sungai di tiga daerah dengan 1,358 mangsa ditempatkan di 11 PPS. - Foto BERNAMA





ALOR SETAR: Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah terus bertambah kepada 1,359 mangsa daripada 436 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.

Penambahan jumlah mangsa banjir itu adalah disebabkan gelombang kedua banjir yang berlaku ketika ini berikutan limpahan air sungai.

Keadaan itu menyebabkan kebanyakan mangsa terdiri daripada penduduk yang sudah pulang ke rumah akibat banjir minggu lalu berpindah semula ke PPS apabila rumah mereka dinaiki air.

Jumlah mangsa itu meningkat berbanding 1,102 mangsa daripada 353 mangsa yang dilaporkan jam 11 malam tadi.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, daerah Pokok Sena mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 734 mangsa daripada 231 keluarga setakat ini di lima PPS di daerah itu.



Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, daerah Pokok Sena mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 734 mangsa daripada 231 keluarga setakat ini di lima PPS di daerah itu. - Foto Bernama

Diikuti daerah Kota Setar yang menempatkan seramai 341 mangsa daripada 107 keluarga di tiga PPS manakala Kubang Pasu pula membabitkan 284 mangsa daripada 98 keluarga di tiga PPS.

PPS yang masih aktif ketika ini adalah di Dewan PPK Lubuk Batu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Darul Aman di daerah Kubang Pasu.

Di Pokok Sena pula, PPS Maahad Tarbiah Islamiyaj Derang, Dewan Serbaguna Pokok Sena, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau dan Masjid Nurul Iman Batu 14 serta Surau Kampung Keda Derang, manakala di Kota Setar pula, tiga PPS yang aktif adalah di SMK Alor Merah, SMK Kepala Batas dan SK Titi Gajah.

Sementara itu, Pengarah JKM Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin berkata, bilangan mangsa banjir terus bertambah ketika ini adalah disebabkan gelombang kedua banjir dan semua agensi yang terbabit mengambil peranan masing-masing membantu mangsa banjir yang terbabit.



Kedah dilanda banjir gelombang kedua berikutan limpahan air sungai di tiga daerah dengan 1,358 mangsa ditempatkan di 11 PPS. - Foto BERNAMA

"Penduduk yang terjejas banjir dinasihatkan berpindah ke PPS berhampiran," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, maklumat Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan, empat sungai di tiga daerah di negeri ini terus mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya.

Antara sungai terbabit adalah Sungai Padang Terap di Kepala Batas dan Sungai Bata di daerah Kubang Pasu manakala Sungai Anak Bukit di Taman Aman di daerah Kota Setar dan Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang di daerah Pendang setakat jam 7 pagi hari ini.

Semua sungai itu menunjukkan trend air menaik setakat ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1304682/kedah-dilanda-banjir-gelombang-kedua-mangsa-banjir-meningkat-1359






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.152915 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list