CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10394|Reply: 0

[Kedah] Abang naik motosikal sejauh 613km daftar adik di UUM

[Copy link]
Post time 1-10-2024 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 1-10-2024 08:30 PM

Abang naik motosikal sejauh 613km daftar adik di UUM

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

01 Oktober 2024 06:42pm




Mohd Foad (dua kanan) menyambut Tai Zhi (tiga kanan) bersama abangnya, Tai Qing di Bangunan Canselori UUM pada Selasa. Foto UUM




SINTOK -  Seorang penjual buah-buahan, Ee Tai Qing sanggup menaiki motosikal dari Sungai Udang, Melaka ke Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini bagi menemani adiknya mendaftar sebagai pelajar baharu di universiti tersebut pada pagi Selasa.

Menurut Lelaki berusia 27 tahun itu, dia memulakan perjalanan sejak Ahad lalu dengan jarak perjalanan sejauh 613 kilometer.

Adiknya, Ee Tai Zhi, 21, yang menaiki bas dari Melaka ditawarkan belajar bagi mengikuti Program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti di UUM.

Pengorbanan Tai Qing itu mendapat perhatian Naib Canselor,Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed dan menyantuni dia dan adiknya itu.


Menurut Tai Zhi, beliau berjanji akan memberikan fokus sebaik mungkin selepas kuliah bermula

"Saya tak menduga mendapat pilihan program yang saya minati dan ingin menimba pengalaman baru di Lembah Sintok.


"Saya berjanji untuk memberi tumpuan penuh dan mengambil segala ilmu yang diajar pensyarah berpengalaman," katanya yang dipetik melalui Facebook UUM.

Tai Zhi antara 4,195 pelajar baharu UUM yang mendaftar pada pagi Selasa di Sintok yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa yang mengikuti 48 program pengajian Sarjana Muda sesi 2024/2025.




Sementara itu, Mohd Foad berkata, daripada jumlah itu, 4,061 pelajar terbabit merupakan pelajar tempatan lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Diploma, Matrikulasi, Asasi Pengurusan UUM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Menurutnya, seramai 3,860 adalah pengambilan melalui Bahagian Kemasukan Pelajar Institut Pengajian Tinggi (BPKA) atau UPU dan 201 lagi adalah lepasan Asasi Pengurusan UUM.

“Kita menerima 77 pelajar antarabangsa iaitu 64 orang dari Indonesia, 12 pelajar China dan seorang dari Bangladesh bagi pengajian peringkat Sarjana Muda.

"Seramai 57 orang lagi pelajar antarabangsa adalah peserta mobiliti iaitu 34 orang dari Indonesia, 11 dari China, 7 pelajar dari Jepun, 3 dari Brunei dan 2 lagi pelajar Perancis menjadikan jumlah keseluruhan pelajar antarabangsa 134 orang,” katanya pada sidang akhbar pada Selasa.

https://www.sinarharian.com.my/article/688665/edisi/utara/abang-naik-motosikal-sejauh-613km-daftar-adik-di-uum


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.814741 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list