CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20612|Reply: 0

[Kedah] Dua beradik warga Palestin sambung pengajian di UUM

[Copy link]
Post time 2-10-2024 01:37 AM | Show all posts |Read mode
Dua beradik warga Palestin sambung pengajian di UUM


Oleh BERNAMA - Oktober 1, 2024 @ 8:41pm








Ruba Naim (dua kanan) dan adiknya, Isam Naim (tiga kanan) berbual dengan Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan (kiri) selepas mendaftar untuk sesi akademik 2024/2025 di Sintok, hari ini. - Foto NSTP/Izzali Ismail.




SINTOK: Demi mengubah nasib, dua beradik dari Gaza terpaksa meninggalkan tanah air untuk menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, bagi kemasukan 2024/2025.

Ruba Naim, 21, dan adik lelakinya berusia 20 tahun, Isam masing-masing mengikuti pengajian Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Sarjana Muda Sains Komputer selepas Universiti Al-Azhar di Gaza, musnah dalam siri pengeboman tentera Israel beberpa bulan lalu.

"Sepatutnya saya memasuki semester ketiga sebagai pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat (IT) di Universiti Al-Azhar, namun dimusnahkan.

"Kami kemudian mengambil keputusan menyambung pelajaran di UUM demi mengubah hidup kami kepada lebih baik.

"Kami juga dalam usaha membina semula kehidupan selepas semuanya musnah dalam konflik yang masih berterusan. Bagaimanapun kami bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran di sini dan mendapat penerimaaan baik daripada rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ruba dan Isam adalah antara 134 pelajar antarabangsa yang mendaftar di UUM bagi sesi kemasukan 2024/2025 hari ini.

Menurut Ruba, keadaan di Gaza amat menyedihkan dengan rumah dan universiti dibom kira-kira lima bulan lalu, menyebabkan mereka melarikan diri dan tinggal di Mesir selama empat bulan.

Sementara itu, Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan berkata seramai 4,195 pelajar baharu terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa yang mengikuti 48 program Sarjana Muda bagi sesi 2024/2025, mendaftar hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu, 4,061 adalah pelajar tempatan terdiri daripada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Diploma, Matrikulasi, Asasi Pengurusan UUM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), manakala 134 antarabangsa.

"UUM turut menawarkan program mobiliti kepada 57 pelajar luar negara. UUM menawarkan tempat kepada pelajar orang kurang Upaya (OKU) daripada pelbagai kategori sebanyak 13 orang, pelajar orang asli (tiga) dan atlet (tiga).

"UUM memberi komitmen untuk terus membantu dan menyokong pelajar kurang bernasib baik untuk mengikuti pengajian di universiti itu," katanya.
- BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1305463/dua-beradik-warga-palestin-sambung-pengajian-di-uum






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.262743 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list