CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22722|Reply: 16

[Tempatan] Pencerobohan di Lahad Datu 11 tahun lepas: 'Kerabat Sultan Sulu' dan 6 warga Filipina kekal ke tali gantung

[Copy link]
Post time 2-10-2024 11:20 AM | Show all posts |Read mode
'Kerabat Sultan Sulu' dan 6 warga Filipina kekal ke tali gantung

https://www.malaysiakini.com/news/721229

Diterbitkan:  Oct 2, 2024 10:43 AM⋅
Dikemaskini: 10:55 AM



Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram yang mengaku dirinya Sultan Sulu kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong berikutan pencerobohan di Lahad Datu, 11 tahun lepas.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh kesemua tujuh individu berkenaan.

"Permohonan kesemua pemohon ditolak dan hukuman mati dikekalkan," kata Hakim Tengku Maimun yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan.

Tujuh individu itu ialah Datu Amirbahar Hushin Kiram, 60, yang merupakan anak saudara Jamalul Kiram; Atik Hussin Abu Bakar, 52; Basad H. Manuel, 49; Virgilio Nemar Patulada, 59; Al Wazir Osman, 68; Tani Lahad Dahi, 70; dan Julham Rashid, 75.

Dalam insiden percerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu antara 12 Feb dan 10 April 2013, sembilan anggota pasukan keselamatan Malaysia terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan tersebut.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 11:22 AM | Show all posts
hukuman terbaik, kalau hidup pun menyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 11:40 AM | Show all posts
Tu pasal sejarah dulu2 mana2 kerajaan yang kalah perang, raja2 dan semua keturunannya terus dibunuh. Kerajaan atau pemerintah baru akan reset dan start afresh. Kalau tidak beginilah jadinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2024 11:42 AM | Show all posts
Tujuh pengganas ceroboh Lahad Datu kekal digantung

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... tu-kekal-digantung/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
2 Oktober 2024, 11:25 am

Ketujuh-tujuh warga Filipina selaku pemohon ketika dibawa ke Mahkamah Persekutuan hari ini. Foto oleh Faisol Mustafa/Kosmo!

PUTRAJAYA – Tujuh warga Filipina yang didapati bersalah dalam tragedi pencerobohan berdarah di Lahad Datu, Sabah 11 tahun lalu kekal dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas menolak permohonan semakan mereka untuk mengetepikan hukuman gantung itu.

Ketujuh-tujuh mereka itu selaku pemohon ialah Datu Amirbahar Hushin Kiram, 60, yang merupakan anak saudara Jamalul Kiram yang mengakui dirinya Sultan Sulu dan enam individu lain iaitu Atik Hussin Abu Bakar, 52, Basad H. Manuel, 49, Virgilio Nemar Patulada, 59, Al Wazir Osman, 68, Tani Lahad Dahi, 70, dan Julham Rashid, 75.

Dua lagi hakim yang memdengar semakan itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan.

Pada 15 Januari 2018, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap sembilan anggota pengganas warga Filipina itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk diringankan.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif, sebulat suara membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa hukuman mati adalah paling wajar berdasarkan dapatan fakta dalam kes berkenaan.

Katanya, panel Mahkamah Persekutuan tiada alasan untuk mengubah keputusan kedua-dua mahkamah berkenaan.

Beliau berkata, mahkamah menolak rayuan terhadap sabitan dikemukakan sembilan tertuduh selaku perayu selepas berpandangan sabitan berkenaan adalah selamat.

Pada 8 Jun 2017, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan terhadap semua perayu.

Mahkamah itu bagaimanapun mengubah hukuman penjara sepanjang hayat yang dikenakan hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 26 Julai 2016 kepada hukuman mati selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi hukuman.

Pada Februari 2013, negara ini digemparkan dengan pengganas Sulu yang menceroboh perairan Sabah secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Pencerobohan itu membawa kepada pertempuran pada 1 Mac 2013 di Kampung Tanduo sehingga menyebabkan 10 wira negara gugur, manakala 68 pengganas Sulu ditumpaskan. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 11:51 AM | Show all posts
dah la jahat, 11 tahun pulak kena bagi makan dalam jel. patut awal2 terus gantung je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 02:10 AM | Show all posts
okk....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2024 08:21 AM | Show all posts
hikmah dari pencerobohan tersebut lepas nie saka keturunan Kiram x boleh claim apa2 dah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 08:34 AM | Show all posts
bagus.. keputusan mahkamah yg sepatutnya. jgn dibiarkan keturunan dorang ni berleluasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 2-10-2024 11:40 AM
Tu pasal sejarah dulu2 mana2 kerajaan yang kalah perang, raja2 dan semua keturunannya terus dibunuh. ...

Are u sure? Ada je kerabat yg kalah kena buang masih hidup sampai skrg
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 12:42 PM | Show all posts
Firenzza replied at 4-10-2024 08:40 AM
Are u sure? Ada je kerabat yg kalah kena buang masih hidup sampai skrg

Sorry my bad, aku tertinggal nak tulis kebanyakan. Yang banyak kena bunuh tu di indon.

Waris terakhir keturunan raja Chiang Mai pun baru ja mati.

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 04:19 PM | Show all posts
mizruncing replied at 4-10-2024 08:34 AM
bagus.. keputusan mahkamah yg sepatutnya. jgn dibiarkan keturunan dorang ni berleluasa

Lakukanlah .. tetapi apakah anda telah siap jika timbul  aksi lanjutan oleh Bangsa Moro terhadap hukuman gantung "pejuang-pejuang" mereka yang nak mengembalikan  status "Sabah" miliknya yang dahulu disewa oleh British itu ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Letak tangkal ilmu kebal kan kat badan masa berperang tu. Apa maksudnya??? Syirik. Daripada membela banduan perabih tax rakyat malaysia, kai gantung sampai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok sihat takde nampak kurus kering pun sekor2
Udah2 le tu dok mkn free kat dlm
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg lama nya sampai 11 thn
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau mmg kebal nanti gantung x mati oo
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengku Maimum ni bukan ke selalu gantikan hukuman gantung tu dgn penjara..?

Bln lepas ke..atau 2 bulan lepas...masa persidangan rayuan kt JB tu..berlambak2 kes gantung diubah ke penjara..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 10:42 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 6-10-2024 10:43 AM

Bukankah keinginan rakyat Sabah dan Sarawak nak merdeka lebih urgent intuk ditangani daripada menghukum mati para PEJUANG BANGSA MORO untuk merebut kembali TANAH MILIKNYA itu....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.073942 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list