CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9826|Reply: 12

‘Dah kahwin, saya taubat tak nak jadi penyondol lagi’ - Julia Farhana

[Copy link]
Post time 4-10-2024 02:16 PM | Show all posts |Read mode
  





Pelakon jelita Julia Farhana mengakui dia sudah taubat dan insaf menjadi ‘penyondol’ dalam drama.


Menurut Julia atau nama lengkapnya Julia Farhana Marin, 30, kini dia enggan lagi membawa watak sebagai penyondol dalam mana-mana naskhah kerana sudah berkali-kali melakonkan watak yang dibenci ramai itu.


“Cukuplah. Saya sudah pun berkahwin. Saya dah taubat, dah insaf. Tak mahu jadi ‘penyondol’ lagi dalam drama.


“Sudah bertahun-tahun saya jadi penyondol dalam drama. Dulu dalam setahun ada empat ke lima drama saya lakonkan watak penyondol,” katanya ketika ditemu pada pelancaran koleksi tudung terbaru Rizman Ruzaini, di sini, semalam.


  



Ditanya sama ada masih menerima tawaran watak penyondol selepas berhijab, Julia berkata, dia masih banyak tawaran untuknya jadi penyondol sehingga kini.


“Saya rasa saya perlu hentikan situasi ini supaya saya dapat berkembang dalam lakonan. Bukanlah bermakna saya nak menolak rezeki.


“Pada awal karier sebagai pelakon dulu memang saya sasar untuk bawa watak antagonis. Alhamdulillah watak antagonis banyak membantu memperkenalkan nama saya dalam dunia lakonan.


“Tetapi kini tiba masanya untuk saya lakonkan lebih banyak watak protagonis. Alhamdulillah watak saya sebagai protagonis dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang diterima ramai. Itu petanda yang sangat baik,” ujarnya.


Tambahnya lagi, dia kini mula berjinak-jinak dalam bidang penerbitan dan bercadang untuk berlakon dalam naskah yang diterbitkan sendiri agar lebih mudah untuk dia melakonkan watak yang diidamkan.


Dalam perkembangan lain, Julia bakal menjalani latihan amali di sebuah hospital tidak lama lagi dalam bidang psikologi.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana kes ex husband dgn ex wife dia?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 03:49 PM | Show all posts
mengelupoh la lupya tiak basah jap lagi nak buat status 'pick me' hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 05:33 PM | Show all posts
baguslah sedar status diri
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Entoh le..takut disondol lelaki pula kes dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols sgt suka tgk dia berlakon..hidup ok.tak kayu kayan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2024 01:13 AM | Show all posts
Lakonan je pun lol
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka dia berlakon cite salon.dgn fasih englishnya.lahai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Perils replied at 6-10-2024 09:42 PM
Aku suka dia berlakon cite salon.dgn fasih englishnya.lahai

Khen..best..awatla dia kawen dgn ex lupya tu..entahlah ..rasa mcm narcissist je jate tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Walopon ketiak basah tu prngai annoying tp undeniably la tiakbasah tu lawa lg nk compare dgn dia ni.... dia ni kalah 1-0.
Dia ni part gusi tu mcm sengaja letak gigi kt luar. Becakap pun mcm x bunyi nice gara2 gigi parking luar.. gusi tebal kot. Tp klu gusi tebal gummy smile mcm zahirah mcwilson, cute je pun.
Nth la noks.
Yg pasti awok xlawo.
Xlawo lg boring.
Nexttt
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
pilssowe replied at 4-10-2024 09:14 PM
Iols sgt suka tgk dia berlakon..hidup ok.tak kayu kayan.

Plus she antara retis yt xpayah mekap tebal2. Baru tgk dia berlakon smlm. Dah lama x tgk. Dia ni kalau buka mulut xde la lawa mana tp kulit dia cantik bersih lps tu xpyh mekap tebal2. Rimas tgk retis nk berlakon tp mekap mcm scha ellena tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 6-10-2024 10:22 PM
Plus she antara retis yt xpayah mekap tebal2. Baru tgk dia berlakon smlm. Dah lama x tgk. Dia ni k ...

Betul..dia berlakon mmg natural je make up dia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
pilssowe replied at 7-10-2024 12:28 AM
Betul..dia berlakon mmg natural je make up dia.

I pernah jumpa dia area the curve mmg sebijik mcm dlm tv lgsg xmekap . Confident je she. Tgk dia berlakon dgn nabila razali smlm rasa tenang mata. Both xpakai lens. Teringat masa tgk scha elina . Dah la watak org gaji. Mekap penuh 1 muka. Lengkap dgn lukis kening, lens, bibir cucuk berglossy.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.058022 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list