View: 57444|Reply: 19
|
Orang ramai parkir kenderaan di luar HRPB tidak disaman - Ketua Polis Perak
[Copy link]
|
|
Ipoh: Polis masih tidak mengenakan saman kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan di luar pekarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) iaitu di Jalan Raja Ashman Shah di sini.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata kelonggaran sejak April 2023 itu hasil persetujuan bersama dengan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri A Sivanesan sebelum ini.
"Isu ini diangkat dan diberi perhatian berikutan kekurangan parkir di HRPB dan pembinaan Klinik Kesihatan Greentown yang baharu juga menyebabkan kawasan letak kenderaan semakin terhad.
"Tempat letak kenderaan di Velodrom Rakyat yang sebelum ini dicadangkan sebagai kawasan parkir alternatif juga tidak sesuai memandangkan ia agak jauh dari HRPB," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azizi berkata kemudahan parkir baharu berdekatan HRPB juga perlu dibina bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di jalan berkenaan.
Sivanesan pada April tahun lalu memaklumkan telah mengadakan perjumpaan bersama Ketua Polis Perak ketika itu Datuk Mohd Yusri Hassan Basri bagi membincangkan mengenai isu parkir di HRPB.
Polis kemudian memberi kelonggaran dengan tidak mengenakan saman kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan di luar pekarangan HRPB, namun tertakluk kepada beberapa syarat iaitu tidak menghalang lalu lintas dan tidak diletakkan secara berlapis.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
kalau spital pun nak saman tak tahu lah..dah lah parking penuh.. lagi pun orang pergi spital bukan untuk fun. terpaksa dan nak lawat orang |
|
|
|
|
|
|
|
ni yang depan sekolah tu kan
penah datang beberapa kali, itupun naik grab je. jenuh datang tempat camni drive sendiri. cari parking je pusing bandar. |
|
|
|
|
|
|
|
Sape la wat planning sepital ni.
Leh kata semua sepital kalo p susah parking..
Mcm hr ni baru buat sepital.. Sebelom² ni tadak sepital.
Tak foresee kepentingan tempat parking.
Time hada appointment carik parking masyaaulohh... Stressss |
|
|
|
|
|
|
|
Di Malaysia ni kalau nak buat hospital kena sediakan parking sebesar parking stadium bukit jalil. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 5-10-2024 06:50 AM
Di Malaysia ni kalau nak buat hospital kena sediakan parking sebesar parking stadium bukit jalil.
Kena buat parking 10 tingkat gamaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 5-10-2024 05:37 AM
Sape la wat planning sepital ni.
Leh kata semua sepital kalo p susah parking..
Mcm hr ni baru buat ...
kanzz.. isu parking ni dr zaman tok kaduk kot..tetap hospital yg baru dibina dlm masa 5-10 thn lps ni byk tak consider parking area yg mencukupi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya kaw parking boleh generate income, cth aeon caj customer average RM4/kereta, kalau 1 hari ada 5000 kereta x 4 = 20k, sebulan dah blh dpt 600k, setahun 7.2 j tu blm campur kompaun salah parking lebih masa dsb.....tarak fikirkan ini worang?
|
|
|
|
|
|
|
|
Naik grab je la. Xyah senak otak carik parking. Nak turun depan lobi pun bole. |
|
|
|
|
|
|
|
Yeke dari thn lps.thn ni je bila bawak mak aku pegi klinik pakar byk kali gak nampak polis menyaman.belah anderson..belah spital.propa okehh |
|
|
|
|
|
|
|
Semua hospital xcukup parking. Apooo |
|
|
|
|
|
|
|
staff je da penuh parking, staff selain misi dan dr termasuk pekerja catering, cleaner tukang kebun bla bla bla |
|
|
|
|
|
|
|
Klau hospital besar yg lama2 tu mmg boleh dimaafkan le sebab puluh2 tahun dulu time buat memang tengah pekan kete x banyak..tapi skang yg buat hospital2 baru even private pun arkiteknya tetap la lupa pasal parking. Lepas dh kena complain bagai baru le terhegeh hegeh nak wat parking bertingkat plak... So yg salah mmg arkitek atau perancang bandar pbt yg hauk menyusahkan org |
|
|
|
|
|
|
|
kena apply kt hospital2 dan klinik2 lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tutup je hospital setel isu parking ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mana mana spital sama.je isu nya..
Iols.kalau gi appt spital.private ke gomen.ke..mmg iols gi pkl 7am dah sampai..hahaha
Punya la nak dok dekat dgn pintu kan..hahaba |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada parking bertingkat baru.. tp khas untuk kakitangan. Ipoh xde komuter lrt... paham² jelah. Dulu² ramai je moto.. skrg sorg sebijik mpv |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada parking bertingkat baru.. tp khas untuk kakitangan. Ipoh xde komuter lrt... paham² jelah. Dulu² ramai je moto.. skrg sorg sebijik mpv |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 5-10-2024 05:37 AM
Sape la wat planning sepital ni.
Leh kata semua sepital kalo p susah parking..
Mcm hr ni baru buat ...
HRPB ni spital lama.. dh berpuluh tahun usia dia. Bole dimaafkan. Patut spital yg baru buka kena ada perancangan betul2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|