CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62292|Reply: 4

[Pulau Pinang] Bekalan air disalurkan berperingkat mulai jam 10 malam - PBAPP

[Copy link]
Post time 5-10-2024 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Bekalan air disalurkan berperingkat mulai jam 10 malam - PBAPP


Nur Izzati Mohamad[email protected]







Zairil Khir Johari (dua dari kiri) diiringi Datuk K Pathmanathan (tiga dari kiri) meninjau kerja-kerja pemasangan paip 1200 milimeter (mm) baharu sepanjang 180 meter di Jalan Permatang Pauh. FOTO DANIAL SAAD





Bukit Mertajam: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memberi jaminan bekalan air kepada pengguna di daerah Seberang Perai Tengah dan Selatan yang terjejas susulan insiden kebocoran paip di Permatang Pauh, dekat sini dapat disalurkan secara berperingkat mulai jam 10 malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K Pathmanathan, berkata pihaknya memahami kesukaran yang dihadapi pengguna berikutan situasi luar jangka itu yang berpunca daripada kesilapan kontraktor pihak ketiga yang telah merosakkan paip berkenaan.

Bagaimanapun, katanya PBAPP sedang berusaha sehabis baik untuk membaiki kebocoran paip yang terletak sedalam 15 meter (m) pada masa yang telah ditetapkan dengan kerja-kerja kemajuan mencapai 90 peratus.

"Seperti kita dapat lihat kedudukan paip yang terletak di tengah-tengah jalan dan di bawah jambatan menyebabkan kerosakan terhadap laluan terbabit sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

"Oleh itu, kami mengambil pendekatan di mana penggantian paip baharu ini dilencongkan bagi meminimumkan kerosakan.

"Setakat ini, masih terdapat berbaki kerja selenggara sebanyak 10 peratus termasuk kerja kimpalan yang sedang dilaksanakan, namun kita berharap ia akan dapat siap mengikut jadual ditetapkan supaya bekalan air dapat disalurkan semula kepada pengguna pada jam 10 malam ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau kerja-kerja penggantian paip bocor itu bersama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berhampiran Politeknik Seberang Perai (PSP), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Pathmanathan berkata, pihaknya masih perlu melaksanakan beberapa prosedur bagi kerja-kerja penggantian saluran paip baharu sepanjang 180m itu sebelum menyalurkan bekalan air demi keselamatan pengguna.

"Hal ini kita tidak mahu masalah ini berulang lagi dan sebelum air disalurkan semula, kita perlu menjalankan kerja pembersihan menggunakan klorin berserta beberapa lagi pemeriksaan lain.

"Pada masa kita sedang berusaha membaiki paip, kerja-kerja penghantaran air ke lokasi terjejas juga giat dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, Zairil berkata, beliau meminta semua pengguna terjejas dapat bersabar sekejap sahaja sebelum kerja penggantian paip siap sepenuhnya dalam beberapa jam lagi.



Disiarkan pada: Oktober 5, 2024 @ 4:52pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1141212/bekalan-air-disalurkan-berperingkat-mulai-jam-10-malam-pbapp





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2024 05:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 5-10-2024 05:44 PM
@novelloverzz

Rmh nov ade air. Tp ade rmh mbr yg x de air.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2024 05:57 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 5-10-2024 05:55 PM
Rmh nov ade air. Tp ade rmh mbr yg x de air.

alhamdulillah. selamat nov.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 5-10-2024 05:57 PM
alhamdulillah. selamat nov.

Ade air tangki sbb ramai x pindah lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.040231 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list