CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20738|Reply: 5

[Tempatan] Keamanan dan keselamatan jadi keutamaan berbanding hudud, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 8-10-2024 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Keamanan dan keselamatan jadi keutamaan berbanding hudud - PM

https://www.malaysiakini.com/news/721848

Diterbitkan:  Oct 7, 2024 9:20 PM
Dikemaskini: 9:20 PM



Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tumpuan pada masa ini adalah menjaga keamanan dan keselamatan negara berbanding melaksanakan undang-undang Islam iaitu hudud.

“Kita perlu membina konsensus jika itu (hudud) yang majoriti besar mahukan. (Tetapi) Mungkin tidak buat masa sekarang,” kata Anwar dipetik Bernama hari ini.

Anwar dilaporkan berkata demikian dalam temu bual dengan wartawan terkenal British-Amerika, Mehdi Hasan baru-baru ini.

Menurut laporan Bernama , Anwar berkata hudud sering sering digunakan sebagai alat politik, khususnya semasa pilihan raya.

“Apabila berkuasa, mereka (pembangkang) mendakwa ‘hudud bukan keutamaan kami sekarang.’ Jelas sekali bagi mereka, ia lebih kepada muslihat politik. Dalam Islam, kita mesti menangani keutamaan, dan bagi saya, keamanan dan keselamatan diutamakan,” katanya.

Anwar berkata dalam dunia yang kompleks hari ini, dengan cabaran seperti pendigitalan dan peralihan tenaga, tumpuan harus diberikan kepada isu sebenar dan mendesak.

“Dengan kerumitan pendigitalan dunia hari ini, peralihan tenaga, kita harus memberi tumpuan kepada cabaran sebenar ini.

“Keutamaan mesti termasuk meningkatkan kualiti pendidikan, menyediakan penjagaan kesihatan yang lebih baik, dan menangani isu-isu penting yang lebih mendesak, bukannya membincangkan topik yang pembangkang tahu tidak akan dilaksanakan,” kata Anwar.

Katanya lagi, kejayaan Malaysia memupuk toleransi dan perpaduan dalam masyarakatnya yang pelbagai menunjukkan negara majoriti Islam boleh mentadbir dan mengukuhkan ekonominya dengan berkesan.

“Dalam dunia di mana terdapat begitu banyak defisit, dari segi amanah, percanggahan, hipokrasi, perkauman, fanatik agama.. Malaysia perlu berupaya mempamerkan kehebatannya sebagai negara berbilang kaum, berbilang agama yang berjaya, melalui tadbir urus yang baik.

"Melalui toleransi dan khususnya dengan penduduk majoriti Islam, ia boleh ditampilkan bahawa, majoriti Islam boleh membantu mengurus negara dengan tadbir urus yang baik dan menyediakan ekonomi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2024 10:14 AM | Show all posts
Setuju. Hudud itu lain cerita, lain perkara.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 12:42 PM | Show all posts
Ada lagi lebih utama dari itu, aurat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
hududkan penyamun perompak perogol warga asing. potong tgn kaki
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila nak buat hudud..langkah mayat GERAKAN dulu lah


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah berjuta warga china lesap di dalam negara tak mengancam keselamatan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.067264 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list