CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20603|Reply: 3

[Tempatan] Suami tak wajib beri duit poket kepada isteri

[Copy link]
Post time 8-10-2024 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Suami tak wajib beri duit poket kepada isteri

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... oket-kepada-isteri/

Oleh KOSMO!
7 Oktober 2024, 9:43 pm


Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pemberian duit poket kepada isteri adalah tidak wajib, sekiranya si suami telah menyediakan empat perkara melibatkan makan minum, tempat tinggal, pakaian dan perubatan.

Menerusi perkongsian seorang peguam syarie pada TikTok Lawyer Azri, beliau menjelaskan nafkah suami kepada isteri mengikut hukum dan undang-undang merangkumi empat perkara tersebut.

“Dan semestinya bukan berikan duit pada setiap bulan. Bila suami dah sediakan empat perkara tadi, dah dikira suami bagi nafkah. Jadi duit poket tidak wajib suami bagi isteri.

“Suami ada dua pilihan untuk tunaikan nafkah kepada isteri,” katanya.

Beliau berkata, pilihan pertama iaitu suami sendiri yang menguruskan empat perkara tersebut iaitu makan minum, tempat tinggal, pakaian dan perubatan.

Katanya, pilihan kedua ialah suami memberikan wang kepada isteri untuk membelikan empat perkara itu.

“Kecuali isteri mendahulukan terlebih dahulu untuk menanggung segala kewajipan suami. Contohnya membayar rumah atau membelikan makanan harian dan suami wajib membayar balik dengan duit pembelanjaan tersebut.

“Melainkan jika isteri reda dan ingin membantu suami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Jeng jeng jeng..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 10:07 AM | Show all posts
Edited by IzzahF at 8-10-2024 10:08 AM

ini terpakai utk suami2 kat ereb saudi sana je tuan loyer. kat sana bini 4 pun takde hal..semua bini dpt nafkah cukup dan dibagi bibik. kat negeri pasir berdengung nikalau ada 4 bini, 4-4 tu semua kena keje sama2 membanting tulang. lg haru pasal byk bini gaji lg byk dari laki. tu yg jem jalan raya pagi ptg siang malam semua pakat keje

jgn kata duit poket, duit rumah makan pakai pun byk bini yg tggung
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 10:55 AM | Show all posts
Wartawan Cari ni takde whatsapp group ka? geng ko kan dah buka thread yang sama pagi tadi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.063048 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list