CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61404|Reply: 0

[Perlis] HSN platform terbaik perkukuh semangat, erat perpaduan - Fadillah

[Copy link]
Post time 12-10-2024 12:33 PM | Show all posts |Read mode
HSN platform terbaik perkukuh semangat, erat perpaduan - Fadillah

Oktober 12, 2024 @ 12:02pm




Fadillah hadir HSN 2024 Peringkat Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra hari ini. Foto Bernama




KANGAR: Hari Sukan Negara (HSN) menjadi platform terbaik bagi memperkukuh semangat dan ukhuwah perpaduan dengan pembabitan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat, sekali gus mengamalkan gaya hidup aktif dan budaya sihat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata usaha memperkasakan masyarakat perlu ditingkatkan terutama untuk memastikan golongan muda cergas dan sihat dalam konteks Malaysia MADANI yang sering ditekankan, selain aspek kesukanan perlu diangkat ke satu aras tinggi.

"HSN membuktikan keprihatinan kerajaan mengiktiraf kepentingan sukan dalam membentuk masyarakat yang cergas, produktif dan bersatu padu. Ia dijadikan agenda nasional bagi membolehkan Malaysia menjadi negara bersukan atau "sporting nation."

"Penganjuran HSN yang disambut selama sedekad sejak kali pertama diperkenalkan pada 2015 bertujuan meningkatkan pembabitan aktif rakyat Malaysia selaras strategi digariskan di bawah Visi Sukan Negara 2030 dan kerangka Malaysia MADANI," katanya berucap merasmikan sambutan HSN 2024 Peringkat Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

HSN dijadualkan pada setiap Sabtu minggu kedua Oktober dengan hasrat membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas serta aktif.

Sambutan HSN peringkat negeri dan bahagian di Sarawak untuk tahun ini diselaraskan semula pada 19 Oktober ini bagi menghormati sambutan ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Fadillah berkata, penganjuran HSN mencatatkan penyertaan 36 juta orang sejak 2015 hingga tahun lalu dan Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) menunjukkan domain skor pembabitan rakyat dalam sukan meningkat kepada 52 peratus pada 2023 berbanding 48 peratus pada 2022.

Beliau berkata, ia amat penting kerana negara yang mempunyai rakyat sihat menyumbang kepada negara produktif dan mengurangkan bil kesihatan yang semakin meningkat saban tahun. -- BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1309869/hsn-platform-terbaik-perkukuh-semangat-erat-perpaduan-fadillah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.043636 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list