CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10383|Reply: 0

[Kedah] Doa, air mata pesawah dapat perhatian

[Copy link]
Post time 17-10-2024 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 17-10-2024 11:21 AM

Doa, air mata pesawah dapat perhatian

17 Oktober 2024 10:15am




Pesawah di PPK Asun, Kubang Pasu turut terjejas dengan kejadian banjir pada September lalu.




ALOR SETAR - Pesawah-pesawah di utara tanah air sedih dan hiba mengenangkan tanaman padi yang diusahakan selama hampir dua bulan musnah dalam banjir pada pertengahan September lalu.

Kawasan yang terlibat itu di kawasan selian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), mengakibatkan seluas 5,915.53 hektar kawasan sawah terjejas.

Ia meliputi kawasan seluas 82 hektar di Wilayah I Perlis, 1,603.20 hektar di Wilayah II Jitra, 2,594 hektar di Wilayah III Pendang dan 1,636.33 hektar di Wilayah IV Kota Sarang Semut.

Bagaimanapun, mereka yang terlibat menerima perkara itu sebagai satu suratan takdir, namun penderitaan golongan tersebut mendapat perhatian daripada kerajaan.

Seorang pesawah, Abdul Ghani Zainal, 48, berkata, dia menghargai keprihatinan kerajaan apabila menteri turun padang untuk melihat sendiri tanaman padi yang hampir dituai namun gagal diselamatkan akibat ditenggelami banjir selama beberapa hari.



ABDUL GHANI





Beliau yang mengusahakan tanaman padi sejak 15 tahun lalu, seluas 12 hektar daripada 16 hektar tanaman padi yang diusahakan musim ini rosak dan menanggung kerugian hampir RM80,000.


“Tanaman padi musim kedua dijangka bermula pada Oktober ini dan diharapkan dengan bantuan-bantuan ini dapat membantu meringankan beban yang perlu ditanggung oleh para pesawah yang terjejas dengan banjir,” katanya kepada Sinar Harian.


Bantuan awal Bakul Makanan Madani selain TBTP (Tabung Bencana Tanaman Padi) disediakan bagi membantu para pesawah untuk kembali bangkit semula.




Seramai 2,928 orang pesawah, menerima bantuan awal Bakul Makanan Madani yang disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Bagi meringankan beban pesawah, kerajaan menerusi KPKM menyediakan bantuan melalui TBTP dengan anggaran nilai bantuan bermula RM876 hingga RM1,800 per hektar dan jumlah maksimum bantuan adalah sebanyak tiga hektar satu musim penanaman.

Bukti kerajaan mendengar

Justeru itu, ia merupakan bukti kerajaan sentiasa mendengar suara dan keluhan rakyat dalam mendepani cabaran ekonomi pada hari ini.

Ia juga adalah sebahagian daripada kerangka ekonomi Madani dalam aspek keterjaminan makanan khususnya memastikan kelangsungan bekalan dengan memberi sokongan dan meningkatkan darjat hidup dalam usaha menambahkan pendapatan pesawah.

Inisiatif bantuan ini bertujuan menaikkan siling dengan memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi, kesaksamaan peluang dan juga menaikkan lantai dengan meluaskan jaringan sosial untuk golongan yang memerlukan.

Ringan beban


]
MOHD FAUZI





Seorang lagi pesawah, Mohd Fauzi Md Isa, 50, pula berkata, kejadian banjir tersebut menyaksikan seluruh tanaman padinya seluas 2.5 hektar yang diusahakan di Kampung Kuar, dekat sini rosak dan tidak dapat diselamatkan.


Jelasnya, kerugian yang terpaksa ditanggung dia mencecah ribuan ringgit dan dengan bantuan bencana oleh kerajaan diharapkan dapat meringankan bebannya.


“Tanaman padi sudah berusia 90 hari dan berdasarkan jadual dalam seminggu lagi sudah boleh dituai, namun tidak ada rezeki.


“Mujurlah kerajaan mengumumkan bantuan untuk mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Bantuan ini dapat digunakan untuk meringankan beban para pesawah yang terpaksa berpindah,” ujarnya.

Cepat bertindak bantu pesawah

]
HABSAH





Sementara itu, seorang suri rumah, Habsah Ismail, 56 berkata, tanaman padi yang diusahakan oleh suaminya, Rashid Isa, 57 seluas kira-kira lapan hektar juga turut rosak akibat banjir di Tualang, Pokok Sena.


Menurutnya, mereka menyewa tanah untuk mengusahakan tanaman padi ini namun reda dengan ujian tersebut kerana tanaman sedang menunggu masa sahaja untuk dituai.


“Kami gembira kerana kerajaan cepat bertindak malah menteri juga turun padang untuk berjumpa sendiri dengan para pesawah.


“Bantuan TBTP yang bakal diterima sedikit sebanyak dapat menampung untuk digunakan bagi tujuan penanaman semula,” katanya.

Tingkatkan kesejahteraan pesawah

]
Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh dan pasukannya meninjau kawasan tanaman padi yang rosak akibat banjir di PPK Bukit Besar.





Selain TBTP, kerajaan juga berusaha meningkatkan kesejahteraan golongan pesawah dalam meringankan beban golongan itu antaranya harga belian lantai padi meningkat kepada RM1,300 satu tan metrik.


Skim subsidi harga padi turut meningkat kepada RM500 bagi satu tan dan bantuan khas pesawah sebanyak RM200 selama tiga bulan semusim.


Sebagai langkah ke hadapan, KPKM kini juga dalam proses peralihan daripada TBTP kepada Skim Perlindungan Takaful Agromakanan yang akan dimulakan dengan subsektor tanaman padi iaitu Skim Takaful Tanaman Padi (STTP).

https://www.sinarharian.com.my/article/691451/berita/nasional/doa-air-mata-pesawah-dapat-perhatian


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.034422 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list