CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46033|Reply: 0

[Kedah] Hujan lebat punca arus deras, ancam keselamatan penduduk tepi sungai

[Copy link]
Post time 18-10-2024 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Hujan lebat punca arus deras, ancam keselamatan penduduk tepi sungai



Oleh Safuri Kamarudin - Oktober 18, 2024 @ 3:46pm [email protected]



Gambar hiasan





BALING: Hujan lebat pagi tadi menyebabkan arus air Sungai Ketil semakin deras dan boleh mengancam keselamatan penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan sungai itu terutama di Mukim Siong, Bongor, Baling dan Pulai.

Susulan itu, penduduk digesa berpindah segera jika keadaan tidak selamat, sekali gus memudahkan pihak berkuasa menjalankan pemantauan berterusan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Mohd Faizol Ab Aziz, berkata keadaan air sungai yang semakin deras membimbangkan pihaknya melakukan operasi menyelamat jika banjir berlaku pada waktu malam kerana ia membabitkan beberapa kampung.

Beliau berkata, keadaan hujan berterusan ini boleh menyebabkan banjir kali ke ketujuh dalam tempoh 19 hari.

"Air Sungai Ketil kini melepasi paras berjaga-jaga dan penduduk yang terjejas perlu berpindah ke tempat selamat jika diperlukan bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.

Mohd Faizol berkata, peralihan monsun menyebabkan hujan lebat yang mengakibatkan kediaman penduduk dinaiki air.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya sentiasa bersiap siaga memberi bantuan diperlukan menggunakan aset yang ada termasuk bot dalam operasi memindahkan penduduk yang terperangkap banjir.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1312596/hujan-lebat-punca-arus-deras-ancam-keselamatan-penduduk-tepi-sungai






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.279187 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list