Bandar Baharu: Mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 99 mangsa daripada 25 keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu.
Setakat jam 3 petang, 78 mangsa daripada 20 keluarga yang dipindahkan ke PPS.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu, di sini pada jam 10 pagi hari ini.
Beliau berkata, kesemua mangsa terbabit adalah dari penduduk Kampung Besar, Mukim Bagan Samak.
"Fenomena air pasang besar yang berlaku pada jam 5.30 pagi menyebabkan kediaman penduduk di kampung terbabit dinaiki air sehingga paras 0.5 meter.
"Jumlah itu membabitkan seramai 30 lelaki dewasa, 37 wanita dewasa, 27 kanak-kanak, lima bayi dan 11 warga emas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Rahim berkata, berkemungkinan jumlah mangsa banjir di daerah itu akan bertambah dan pendaftaran masih dijalankan setakat ini.
Media sebelum ini melaporkan, Kampung Besar di Mukim Bagan Samak, di sini sekali lagi dilanda air pasang besar menyebabkan 100 penduduk daripada 25 keluarga di kawasan itu terjejas akibat banjir kilat.
Ini adalah kejadian kedua membabitkan fenomena air pasang besar yang melanda kampung terbabit dan kali pertama berlaku pada Khamis lalu.