Kedah, Pulau Pinang diramal hujan lebat, ribut petir hari ini
Oleh Saadiah Ismail - Oktober 20, 2024 @ 9:36am [email protected]
Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang pagi ini.
Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, amaran ribut petir akan dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm)/ jam.
"Kawasan di Kedah yang dijangka berdepan dengan situasi itu ialah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu dan seluruh Pulau Pinang," katanya.
Selain itu, MetMalaysia juga memaklumkan gempa bumi sederhana dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 2.07 pagi tadi.
"Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 47 kilometer, bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1313451/kedah-pulau-pinang-diramal-hujan-lebat-ribut-petir-hari-ini
|