CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45395|Reply: 0

[Kedah] 6 kematian akibat rabies di Sarawak tahun ini

[Copy link]
Post time 20-10-2024 10:45 AM | Show all posts |Read mode
6 kematian akibat rabies di Sarawak tahun ini

Oleh Hamzah Osman - Oktober 20, 2024 @ 10:29am [email protected]




Dr Akma melihat anak kucing Parsi berusia sebulan pada Majlis Perasmian Hari Kebajikan Haiwan & 'World Rabies Day' Peringkat Kedah yang diadakan di Langkawi. NSTP/HAMZAH OSMAN





LANGKAWI: Wabak rabies atau penyakit anjing gila masih mencetuskan kebimbangan di negara ini apabila enam kematian akibat penyakit itu direkodkan di Sarawak pada tahun ini.

Susulan itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr Akma Ngah Hamid, berkata mereka yang memelihara anjing harus memastikan anjing peliharaan mendapat suntikan anti-rabies.

"Penyakit rabies disebabkan jangkitan Lyssavirus daripada haiwan masih berlaku di Sarawak dan pada tahun ini saja mencatatkan enam kematian membabitkan manusia.

"Malah, bermula kes pertama rabies dilaporkan di Sarawak pada Julai 2017 hingga kini, sebanyak 81 kes jangkitan dalam kalangan manusia dengan 74 kematian direkodkan di negeri itu.

"Namun, di Kedah kes rabies terakhir berlaku pada 2018 di daerah Kubang Pasu, namun kes itu dapat dikawal dengan baik," katanya berucap pada Majlis Perasmian Hari Kebajikan Haiwan & 'World Rabies Day' Peringkat Kedah di Pusat Beli Belah Langkawi Fair di sini, hari ini.

Perasmian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan negeri, Dzowahir Ab Ghani.

Pada majlis itu, pelbagai acara menarik diadakan termasuk suntikan anti-rabies, pertandingan kucing cantik, himpunan lembu sado, pameran agensi dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Turut hadir, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Kedah, Dr Shaharul Akmar Talib; Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Pembangunan Langkawi, Ahmad Fuad Che Ani @ Abd Ghani.

Sementara itu, Dzowahir berkata, kerajaan negeri terus komited dan sentiasa mengambil pelbagai langkah bagi menangani isu penularan wabak rabies di negeri ini.

"Dalam hal ini, Langkawi yang kedudukannya hampir dengan negara jiran dikenal pasti sebagai daerah berisiko tinggi berbanding daerah lain kerana Thailand masih merekodkan kes positif rabies," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1313466/6-kematian-akibat-rabies-di-sarawak-tahun-ini






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.057257 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list