Reman pemandu tular dilanjut 3 hari lagi
Zuhainy Zulkiffli [email protected]
LAPORAN Harian Metro terdahulu.
Georgetown: Reman terhadap pemandu kereta yang tular di media sosial kerana memandu melulu dan berbahaya disambung tiga hari lagi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake mengesahkan lanjutan reman itu sehingga 23 Okt.
Katanya, suspek berusia 39 tahun itu yang ditahan 17 Okt lalu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semalam, media melaporkan suspek diberkas selepas videonya tular, apabila memandu melulu dan memberhentikan kereta secara mengejut, selain memecahkan cermin kenderaan lain.
Siasatan polis turut mendapati lelaki itu ada 12 rekod kesalahan lampau dan akan turut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Disiarkan pada: Oktober 20, 2024 @ 4:56pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1146570/reman-pemandu-tular-dilanjut-3-hari-lagi
|