CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34876|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2 bekas pengarah syarikat didakwa tawar skim pelaburan tanaman halia tak berdaftar

[Copy link]
Post time 20-10-2024 05:49 PM | Show all posts |Read mode
2 bekas pengarah syarikat didakwa tawar skim pelaburan tanaman halia tak berdaftar

Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 20, 2024 @ 4:50pm [email protected]




Gambar hiasan





BUTTERWORTH: Dua bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini, dan Mahkamah Sesyen Georgetown atas empat pertuduhan menawarkan skim pelaburan tanaman halia tidak berdaftar kepada orang awam antara dua hingga empat tahun lalu.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam satu kenyataan berkata Datuk Dr Jessie Tang dan Dr Tan Eng Heong membuat pengakuan itu ketika pendakwaan dijalankan terhadap mereka berdua pada 10 Oktober lalu di hadapan Hakim Juraidah Abbas di Mahkamah Sesyen Jenayah 1 Georgetown dan Hakim Irwan Suainbon di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 Georgetown serta Hakim Noor Aini Yusof di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Mengikut semua kertas pertuduhan itu, mereka berdua secara niat bersama membuat penawaran suatu skim pelaburan tanaman halia di Sabah iaitu 'Ginger Contract Farming' melalui syarikat Asiana Bestari Sdn Bhd kepada orang awam.

Skim itu didapati tidak didaftarkan terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang ia menyalahi dibawah Akta Skim Kepentingan 2016.

Kesalahan itu didakwa masing-masing dilakukan di sekitar Butterworth pada 6 Oktober 2021 dan Georgetown pada 9 Disember 2020 dan 6 April 2022.

SSM berkata mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 3(2)(a) Akta Skim Kepentingan 2016 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 3(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan dikendalikan pegawai pendakwa SSM, Mohd Zulkhairi Kamaruzaman, Faizal Mahdi Mahmud dan Nurul Husna Mohd Yusof manakala tertuduh diwakili peguam Haziq Dhiayauddin Razali dan Aiman Abdul Rahman.

Semasa prosiding di Mahkamah Sesyen Georgetown kedua-dua hakim membenarkan dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM25,000 setiap seorang bagi setiap pertuduhan selain menetapkan 12 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Bagi prosiding di Mahkamah Sesyen Butterworth pula, Hakim Noor Aini tidak mengenakan jaminan kepada kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira rekod jaminan yang dikenakan di Mahkamah Sesyen Georgetown.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan SSM untuk memindahkan kedua-dua kes ke Mahkamah Sesyen Georgetown.

SSM dalam pada itu memberi peringatan kepada orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap individu-individu yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan di bawah undang-undang dikawalselia oleh SSM.

"SSM juga mengingatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat serta pengesahan lanjut daripada SSM atau badan penguatkuasaan lain mengenai skim pelaburan atau kepentingan yang mencurigakan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat atau perniagaan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1313626/2-bekas-pengarah-syarikat-didakwa-tawar-skim-pelaburan-tanaman-halia





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.682818 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list