Lelaki maut tersepit bawah kereta
Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 21, 2024 @ 11:20am [email protected]
Mayat Kien Seong tersepit di bawah kereta Perodua Viva Elite ini dalam kemalangan awal pagi tadi. Foto ihsan bomba
BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal maut tersepit di bawah kereta dalam kemalangan di Kilometer (KM) 134.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Perai, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa, Ang Kien Seong, 24, yang menunggang motosikal jenis SYM disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, Rohaizal Abdul Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.44 pagi berhubung kemalangan itu.
"Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Viva Elite dan motosikal jenis SYM ditunggang mangsa.
"Usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kereta itu dibuat menggunakan peralatan khas bomba dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1313849/lelaki-maut-tersepit-bawah-kereta
|