CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11603|Reply: 0

[Kedah] Bukan bayar yuran, tapi terbabit judi online

[Copy link]
Post time 22-10-2024 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 22-10-2024 01:43 PM

Bukan bayar yuran, tapi terbabit judi online

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




ZURAINI menunjukkan laporan polis dibuat terhadap pelajar lelaki sebuah universiti di utara yang didakwa cuba menipunya kononnya mendapatkan dana bagi membiayai yuran pengajian selain menipu beberapa NGO lain. FOTO Zuliaty Zulkiffli





Jitra: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) membuat laporan polis semalam selepas mendakwa ditipu pelajar lelaki sebuah universiti di utara negeri ini kononnya memerlukan wang untuk membayar yuran pengajian.

Pengerusi CSM, Zuraini Kamal berkata, pelajar berusia 20-an yang dikenali sebagai Lim itu menghubunginya pada Ahad lalu meminta bantuan dana bagi membiayai pengajian RM5,000 kononnya keluarga tidak berkemampuan.

Katanya, pelajar terbabit juga memberi alasan dia akan dibuang dari universiti berkenaan jika dia gagal membayar yuran terbabit.

"Saya memuat naik status di Facebook FB) saya untuk meminta bantuan rakan-rakan supaya membantu dengan memberi nombor akaun bank milik pelajar itu.

"Pelajar itu kemudian memberitahu dia memperoleh RM1,176 selepas beberapa jam dan saya cuba menghubungi NGO dari Pulau Pinang untuk meminta mereka membantu, namun jawapan mereka agak mengejutkan.

"Wakil NGO terbabit memberitahu mereka pernah membantu pelajar itu yang kutipan lebih RM30,000 tetapi tidak digunakan untuk membayar yuran, sebaliknya pelajar itu terbabit dalam perjudian dalam talian," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Zuraini, dia menghubungi semula pelajar terbabit dan dia menafikannya malah mengugut akan melakukan sesuatu luar batasan terhadap diri sendiri.

"Saya minta wang itu dipulangkan semula namun pelajar itu dan bapanya menghubungi saya lebih 30 kali supaya memadam status yang dimuat naik di FB selain meminta maaf.

"Saya juga sudah menghubungi pihak universiti berkenaan dan mereka mengesahkan pelajar masih belajar di situ selain turut mengetahui perbuatannya yang suka mencari dana dengan menipu," katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Beliau berkata, sebelum ini pelajar itu menggunakan modus operandi yang sama untuk menagih simpati iaitu dengan memberitahu bapanya orang kurang upaya (OKU) manakala ibunya hanya bekerja di pasar Jalan Teluk Wanjah.

Sementara itu, wakil NGO dari Pulau Pinang, Eng Hiap Boon berkata, setakat ini tujuh NGO di negeri itu menjadi mangsa penipuan pelajar terbabit pada April tahun ini.

Bagaimanapun kesemua NGO terbabit tidak membuat laporan polis hanya kerana bimbang pelajar itu mengugut untuk melakukan tindakan luar batasan ke atas diri sendiri.

"Saya difahamkan, pelajar itu sudah dua tahun melakukan penipuan dengan alasan sama malah turut menipu beberapa orang kenamaan" katanya.



Disiarkan pada: Oktober 22, 2024 @ 12:02pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1147120/bukan-bayar-yuran-tapi-terbabit-judi-online




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.499405 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list