CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12002|Reply: 1

[Kedah] Cikgu Anas nafi berkasar dengan peniaga pasar malam

[Copy link]
Post time 22-10-2024 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Cikgu Anas nafi berkasar dengan peniaga pasar malam

Noorazura Abdul Rahman[email protected]



LAPORAN Harian Metro sebelum ini.





Alor Setar: Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Salmy Anas Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Anas menafikan melakukan kekasaran terhadap wakil peniaga seperti dalam video tular di media sosial kelmarin.

Anas berkata, beliau pergi ke tapak pasar malam di Jalan Pegawai berkenaan kira-kira jam 11.30 malam bagi meninjau masalah membabitkan peniaga yang dimaklumkan kepadanya.

Katanya, beliau hanya mahu berbincang dengan ketua peniaga yang dikenali sebagai Syukor, namun apabila tiba di lokasi, dia mendapati Presiden Ikhlas Kedah, Sarjakhan Abu Bakar bersama seorang lelaki ada bersama.

"Apabila saya sampai, saya lihat Sarjakhan, ada bersama Syukor. Saya memaklumkan saya tidak dapat berbincang dengan Syukor pada masa itu kerana kehadiran Sarjakhan untuk elak isu politik.

"Saya kemudian cuba masuk ke dalam kereta, namun Sarjakhan menjerit berkali-kali memanggil saya turun sambil merakam video.

"Saya beritahu tutup video dan kita bincang, saya segera turun menghadap dia bertanya apa masalah dia dan dia mengajak saya berbincang di tempat lain," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Salmy berkata, ketika itu beliau menyedari Sarjakhan terus merakam video menggunakan telefon bimbitnya.

"Saya enggan berbincang dan dia cuba melanggar saya untuk memaksa saya bergerak ke tempat lain. Saya yang hampir terjatuh dan tersentuh badannya.

"Akibat daripada itu Sarjakhan tiba-tiba berlakon seperti disakiti kerana saya tersentuh dia. Dia terus menjerit memanggil peniaga lain mendakwa saya lakukan kekasaran.

"Saya kemudian masuk ke dalam kereta dan mengajak Syukor masuk untuk bercakap di dalam kereta. Ketika itu peniaga lain datang menyerbu saya," katanya.

Menurut Anas, beliau dan Syukor sempat berbincang hingga jam 12.40 tengah malam sebelum beredar dari tapak pasar malam itu.

Semalam media melaporkan seorang pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung satu insiden pertengkaran membabitkan orang awam di sini, semalam.

Dalam video yang tular di media sosial berkenaan, dikatakan berlaku perselisihan faham antara pegawai terbabit dan orang awam di kawasan berdekatan tapak pasar malam Jalan Pegawai.



Disiarkan pada: Oktober 22, 2024 @ 1:12pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1147153/cikgu-anas-nafi-berkasar-dengan-peniaga-pasar-malam




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2024 02:23 PM | Show all posts

Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Salmy Anas Ahmad.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.060545 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list