CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18224|Reply: 0

[Kedah] Pengetua SM St Michael terima pengiktirafan tertinggi Anugerah Langkawi

[Copy link]
Post time 22-10-2024 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 22-10-2024 02:40 PM

Pengetua SM St Michael terima pengiktirafan tertinggi Anugerah Langkawi

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

22 Oktober 2024 01:03pm




Jennifer menerima Anugerah Langkawi–Kelestarian Alam Sekitar (ALKAS) bagi kategori individu sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 Peringkat Kebangsaan pada malam Isnin.




LANGKAWI - Pengetua Sekolah Menengah (SM) St Michael di Penampang, Sabah menerima Anugerah Langkawi-Kelestarian Alam Sekitar (ALKAS) bagi kategori individu sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 Peringkat Kebangsaan di sini, pada malam Isnin.

Jennifer Asing, 54, membawa pulang sijil, plak dan wang tunai berjumlah RM50,000 yang disampaikan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.


Di bawah kepimpinannya, SM St Michael telah memperoleh 12 pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR), yang mana kesemuanya berkaitan dengan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Jennifer berkata, beliau sebenarnya tidak menyangka dipilih menerima pengiktirafan tertinggi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui Anugerah Langkawi tersebut.


“Saya memang terkejut apabila menerima berita yang saya dapat anugerah ini, jadi mungkin disebabkan sumbangan, bukan sahaja di sekolah atau sekolah-sekolah lain, tetapi juga di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

“Selain daripada itu, kami giat melaksanakan inovasi yang berunsurkan alam sekitar dan banyak inovasi yang telah kami cipta dan menang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan HASN 2024 Peringkat Kebangsaan di sini, malam Isnin.

]
Jennifer (kanan) ditemani suaminya, Daim Balingi (kiri) terharu menerima Anugerah Langkawi–Kelestarian Alam Sekitar (ALKAS) bagi kategori individu sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 Peringkat Kebangsaan pada malam Isnin.






Beliau memaklumkan, sehingga kini, St Michael menempa 12 rekod dalam MBOR berkaitan alam sekitar termasuklah projek penanaman halia melibatkan ibu bapa, sekolah dan komuniti terbanyak pada tahun ini.




Sehubungan itu, Jennifer berkata, beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terlibat termasuklah guru, murid, ibu bapa dan komuniti membantu menjayakan projek sekolah selama ini.

Beliau menyifatkan, anugerah diterima merupakan satu penghargaan bukan setakat kepada dirinya sebaliknya kepada semua warga Sabah.


Untuk rekod, Jennifer berkecimpung dalam bidang pendidikan sejak 1996 dan terlibat melaksanakan pelbagai program alam sekitar yang bukan sahaja melibatkan sekolah, tetapi juga menggerakkan komuniti melalui program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam.

Beliau juga merupakan antara individu perintis dalam pelaksanaan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) seterusnya menaikkan profesion pendidikan melalui pembudayaan berterusan dalam kemenjadian murid.


Selain Jennifer menerima Anugerah Langkawi bagi kategori individu, penerima organisasi bagi Anugerah Langkawi Kelestarian Alam Sekitar dianugerahkan kepada Tenaga Nasional Berhad dan Majlis Daerah Beaufort bagi kategori Penghargaan Khas Panel Anugerah Langkawi.

TNB merupakan sebuah organisasi yang telah berjaya menjalankan usaha yang berterusan di dalam melestarikan alam sekitar bukan hanya dari segi pematuhan undang-undang, malah menjalankan penyelidikan (R&D) bagi whole life cycle.

Organisasi ini juga menerapkan elemen behavorial change di kalangan pekerja sendiri,sekaligus banyak menjalankan program-program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam di kalangan komuniti dan sangat proaktif di dalam kerjasama dengan jabatan-jabatan dalam usaha menambah baik pengurusan alam sekitar.

ALKAS merupakan penghargaan dan pengiktirafan tertinggi negara daripada JAS kepada individu dan organisasi di Malaysia yang telah memberikan sumbangan besar dan signifikan dalam bidang alam sekitar, sama ada pengurusan, perniagaan, penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan lain-lain bidang yang berkaitan ke arah kelestarian alam sekitar.

https://www.sinarharian.com.my/article/692411/edisi/utara/pengetua-sm-st-michael-terima-pengiktirafan-tertinggi-anugerah-langkawi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.073905 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list