CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32434|Reply: 0

[Kedah] Abah Hayat abaikan kritikan, mahu terus aktif di TikTok

[Copy link]
Post time 22-10-2024 07:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 22-10-2024 07:10 PM

Abah Hayat abaikan kritikan, mahu terus aktif di TikTok

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
22 Oktober 2024 04:49pm



Khairul Anuar berharap masyarakat ataupun netizen di media sosial tidak mempertikaikan usahanya itu.




ALOR SETAR - Tindakan bekas banduan hayat, Khairul Anuar Zakaria, 64, yang aktif di media sosial adalah bagi membimbing anak bangsa supaya tidak melakukan kesilapan sepertinya sehingga meringkuk selama 23 tahun di dalam penjara.

Dia yang baru sahaja dibebaskan dari Penjara Pokok Sena, dekat sini pada 3 Oktober lalu, bersyukur kerana diberikan peluang kedua dan berharap masyarakat ataupun netizen di media sosial tidak mempertikaikan usahanya itu.


Menurutnya yang dikenali sebagai Abah Hayat, anak-anaknya banyak membantu dalam mengenali selok-belok perkembangan teknologi media massa terutama media sosial dan dia masih lagi dalam proses untuk mengenali serta belajar menggunakannya.

“Saya anggap ini sebagai satu ujian buat saya. Walaupun ada kelompok yang mengkritik namun pada waktu yang sama masih ramai yang menerima usaha yang sedang saya lakukan ini.

“Suatu hari nanti mereka (yang kritik) akan faham, saya cuba serap dan abaikan kata-kata negatif seperti itu. Hendak bagi mereka semua faham akan ambil masa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Khairul Anuar aktif di media sosial melalui akaun TikTok Abah Hayat Bkt Pinang selepas dibebaskan dari penjara dan kini mempunyai 34,700 pengikut setakat petang Selasa.

Bagaimanapun, tindakan dia aktif di TikTok mendapat kritikan segelintir netizen yang mempertikaikan tujuannya berbuat demikian.

Khairul Anuar berkata, matlamatnya kini hanyalah mahu menjadi manusia yang berguna kepada orang lain berbekalkan masa yang ada sebelum dijemput Ilahi.



Katanya, dia tidak mampu untuk menjawab semua kritikan tersebut di media sosial namun akan berusaha untuk memberikan kefahaman kepada mereka dari semasa ke semasa.

“Saya akan bersangka baik, dalam 100 orang yang kritik, jika lima daripadanya sudah semakin faham dengan apa yang saya cuba sampaikan, saya sudah bersyukur,” ujarnya.

]
Khairul Anuar mahu menjadi manusia yang berguna kepada orang lain berbekalkan masa yang ada sebelum dijemput Ilahi.





Dalam pada itu, bapa kepada sembilan anak ini menerusi hantaran terbaru di TikTok berkata, apa yang telah berlaku telah menjadi sejarah dan dia mahu memulakan kehidupan baharu dengan sebuah harapan.

“Kalau orang menilai abah kerana buat benda ni (jenayah) dulu, apa yang boleh dibuat? Ia sudah berlalu. Kita tidak boleh tarik balik, sudah jadi sejarah. Sekarang ini dan esok adalah harapan. Jangan jadi cacing kepanasan apabila orang komen negatif.

“23 tahun dalam penjara mengajar abah untuk menyerap tekanan ini. Abah berterima kasih kepada yang komen positif dan negatif. Paling penting kita tahu arah tujuan sekarang ini ke arah kebaikan,” katanya.

Pada 22 September 2008, media melaporkan Khairul Anuar yang merupakan seorang jurujual dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh seorang tukang besi, Chuah Leng Hai, 38, dengan tubuh mangsa dikerat lapan bahagian.

Sementara itu, dua lagi tertuduh dalam kes tersebut iaitu Ariffin Ahmad, 47, dan Muhammad Zaidi Salleh, 42, dibebaskan setelah didapati tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, Khairul Anuar didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Datuk Kumbar, di sini antara jam 5 pagi hingga 6.35 pagi, 4 Jun 2001.

Khairul Anuar kemudian mendapat pengampunan daripada Sultan Kedah pada Mei 2018 dan status banduan akhir berubah kepada banduan hayat.

Pada Februari 2024, kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Alor Setar semula kerana kerajaan memansuhkan hukuman hayat ke atas semua banduan di penjara dan hukumannya digantikan dengan hukuman penjara selama 35 tahun dari tarikh tangkap iaitu pada 2001.

https://www.sinarharian.com.my/article/692473/edisi/utara/abah-hayat-abaikan-kritikan-mahu-terus-aktif-di-tiktok


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.196716 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list