Edited by sfhzuraz at 27-10-2024 03:31 AM
Budak 4 tahun parah jatuh tingkat 12 kondominium
Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 26, 2024 @ 9: 51pm[email protected]
Foto hiasan.
GEORGETOWN: Kanak-kanak lelaki parah selepas terjatuh dari tingkat 12 di sebuah kondominium di Lebuh Tunku Kudin, dekat Jelutong di sini, hari ini.
Kejadian jam 9.20 pagi itu disedari nenek mangsa selepas menemui mangsa yang berusia empat tahun di bahagian bumbung konkrit tingkat tujuh bangunan berkenaan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku ketika warga emas berusia 63 tahun itu berada di bilik air.
Katanya, siasatan lanjut mendapati mangsa terjatuh dari tingkap bilik tidur utama.
"Semakan mendapati katil dalam bilik itu terletak berhampiran tingkap dan tiada saksi yang melihat kejadian.
"Mangsa dilapor parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya.
Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1316326/budak-4-tahun-parah-jatuh-tingkat-12-kondominium
|